Connect with us

Oh! Media

Kes Bakar Pusat Tahfiz, Rayuan Tertuduh Didengar Mac 2023

Oh! Tidak

Kes Bakar Pusat Tahfiz, Rayuan Tertuduh Didengar Mac 2023

Umum mengetahui mengenai kejadian kebakaran pusat tahfiz yang telah meragut 23 nyawa pada tahun 2017 yang lalu.

ADVERTISEMENT

BACA: Remaja Bunuh 23 Penghuni Tahfiz Dipenjara Selama-Lamanya Selagi Diperkenan Agong

Hari ini, Mahkamah Rayuan telah menetapkan 9 Mac tahun hadapan untuk mendengar rayuan daripada seorang remaja lelaki yang terlibat dalam kejadian itu.

Rayuan bela diri

Menurut Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azman Abdullah mendapati remaja yang berusia 16 tahun pada waktu kejadian, sengaja melakukan khianat dengan niat membunuh.

Tertuduh telah didakwa dengan 23 pertuduhan di bawah Seksyen 302 dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati mandatori jika disabit kesalahan.

Walau bagaimanpun, dia telah dihukum penjara sehingga diperkenankan oleh YDP Agong kerana mengikut Seksyen 97(1) Akta Kanak-Kanak 2001 yang tidak membenarkan pesalah di bawah umur dikenakan hukuman mati.

Mengikut fakta kes, seramai 21 pelajar dan 2 orang guru maut kerana terperangkap dalam asrama pusat tahfiz berkenaan yang terbakar.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas