Connect with us

Oh! Media

Kerja Kosong Di Ladang Sawit Kurang Dapat Sambutan Pekerja Tempatan Sukarkan Pengusaha

sawit

Oh! Tidak

Kerja Kosong Di Ladang Sawit Kurang Dapat Sambutan Pekerja Tempatan Sukarkan Pengusaha

Mana pergi pekerja tempatan? Itulah tanda tanya sesetengah pengusaha ladang kelapa sawit selepas tiada rakyat tempatan yang mahu bekerja dalam sektor itu.

ADVERTISEMENT

Memetik laporan Sinar Harian, seorang kontraktor pengurus ladang kelapa sawit di Raub mengakui perkara itu. Mohd Fauzi Nasruddin memaklumkan syarikat mereka telah mengiklankan jawatan kosong sejak Mei lalu dan hanya 15 orang yang menghubungi.

Antara 15 orang yang memohon hanya dua orang sahaja yang datang temuduga dan diterima bekerja.

Apabila mereka menghubungi saya, saya beritahu dahulu mengenai situasi dan keadaan bekerja di ladang yang agak berat. Contohnya setiap hati kita kena tarik dan sorong buah daripada pokok kerana kita masih menggunakan cara manual.

Apabila kerja di ladang ini, mereka juga biasanya kena sesuaikan diri kerana akan tinggal di kawasan estet.

Pekerja asing lebih cekap berbanding pekerja tempatan

Seorang lagi penolong eksekutif ladang kelapa sawit di Perlis pula mengakui pekerja asing lebih cekap bekerja dibandingkan dengan tempatan. Ini juga menjadi sebab mengapa mereka terpaksa berhentikan pekerja tempatan yang kurang mahir.

Lazimnya bagi kerja memotong buah sawit, pekerja asing seperti warga Indonesia boleh mencapai dalam 150 tandan sehari. Tetapi pekerja tempatan tidak boleh capai jumlah tersebut.

Baru-baru ini, anak muda yang baru habis belajar cuba bekerja sebagai pemotong buah sawit. Tapi dia tidak boleh teruskan kerana hanya mampu memotong 50 tandan sehari.

Itulah apa yang dilalui kebanyakan pengusaha ladang kelapa sawit. Bagi kami kita tidak boleh membandingkan pekerja tempatan dan asing kerana ia tentulah amat berbeza. Bekerja di negara sendiri dan bekerja di negara orang sudah tentu berbeza dan mereka sanggup melakukan apa sahaja jika berada di tempat asing.

Apapun diharapkan ada kaedah yang terbaik untuk menambah baik kaedah kerja bagi menarik minat pekerja tempatan. Banyak faktor yang perlu diambil kira seperti kadar gaji dan sebagainya. Apa pandangan korang?

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top