Connect with us

Oh! Media

Kereta Terjunam 20 Kaki Dalam Gaung, Wanita Kongsi Detik Cemas Berseorangan Di Dalam Hutan

Trending

Kereta Terjunam 20 Kaki Dalam Gaung, Wanita Kongsi Detik Cemas Berseorangan Di Dalam Hutan

Umum mengetahui, memandu pada waktu malam adalah sangat merbahaya dan pemandu perlu mengamalkan ciri-ciri keselamatan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak dingini.

ADVERTISEMENT

BACA: Akibat Bas Dinaiki Terbabas Masuk Gaung, Seorang Wanita Putus Pergelangan Kaki

Sejak akhir-akhir ini juga, kerap kita dengari tentang berita kemalangan jalan raya dan rata-ratanya berlaku pada lewat malam.

Lebih-lebih lagi memandu di kawasan kampung, pasti terdapat banyak halangan seperti haiwan melintas selain risiko tergelincir jika dalam keadaan hujan lebat.

Wanita cemas kereta terjunam dalam gaung

Perkara sama turut berlaku kepada seorang wanita apabila kereta dipandunya terjunam ke dalam gaung sedalam 20 kaki dan dipercayai berlaku semasa dalam perjalanan pulang ke kampung.

Perkara itu dikongsikannya di aplikasi TikTok bernama masturina.najihah yang mana kejadian berlaku pada waktu malam dan dia terpaksa menempuh waktu yang lama di dalam hutan.

Menerusi perkongsian itu, kereta yang dipandunya itu dipercayai hilang kawalan oleh sebab keadaan cuaca ketika itu hujan lebat sehingga kenderaannya terbabas ke dalam gaung.

Sejam tunggu bantuan tiba

Menurutnya lagi, dia terpaksa menunggu seorang diri di dalam hutan selama satu jam untuk menunggu bantuan tiba dan hanya bertemankan panggilan telefon daripada ahli keluarga.

Selain itu, dia juga cuba membunyikan hon bagi meminta bantuan orang sekeliling. Malangnya, tidak didengari oleh sesiapa oleh kerana dirinya yang berada dalam kedalaman 20 kaki dari jalan raya.

Tambahnya lagi, kawasan berkenaan merupakan lokasi yang sering berlaku kemalangan dan dipercayai ramai yang sudah terkorban akibat nahas di lokasi tersebut.

Selepas call Bomba, Polis dan keluarga, saya cuba periksa tangki minyak. Adalah lebih selamat saya tunggu dalam kereta kerana saya seorang diri di sini.

Sejam saya tunggu, tekan hon orang tak dengar.

Walaupun dalam keadaan yang ketakutan, wanita yang dikenali sebagai Masturina itu hanya mampu bermuhasabah selain turut mengamalkan zikir untuk menenangkan diri sendiri.

Bagaimanapun, menerusi perkongsian yang lain, dia menyatakan bahawa dirinya sudah selamat selepas bantuan daripada pihak bomba dan polis telah tiba di lokasi kejadian.

Menerusi video tersebut, wanita itu akhirnya diselamatkan dan telah memakan masa lebih kurang 9 jam termasuklah proses menyelamat dan menaikkan semula kenderaan.

Wanita tersebut juga turut berterima kasih kepada para pengikutnya di aplikasi TikTok yang tidak henti-henti mendoakannya sehingga berjaya keluar dari hutan berkenaan.

@masturina.najihah Reply to @aliyyadania._ pengajaran dr sy, 1st amalkan zikir, 2nd selalu baca ayat qursi dan terakhir jgn bertolak selepas magrid 😊 #fypシ #kemalangan ♬ original sound – Masturina.Najihah

Netizen beri pelbagai reaksi

Meninjau pada hantaran terakhirnya, rata-rata netizen dilihat menzahirkan rasa syukur selepas dia terselamat dari kejadian itu selain turut menitipkan beberapa nasihat.

Setakat ini, perkongsiannya itu telah mencapai lebih dari 1 juta tontonan serta mendapat sebanyak 55,700 tanda suka.

Kredit: TikTok masturina.najihah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas