Connect with us

Oh! Media

Kereta Nyaris Terbabas Dilempar Batu, Polis Percaya Ada Unsur Khianat?

Trending

Kereta Nyaris Terbabas Dilempar Batu, Polis Percaya Ada Unsur Khianat?

Sejak kelonggaran rentas negeri, dilihat purata kemalangan jalan raya semakin meningkat melibatkan kenderaan seperti kereta sekaligus telah meragut ribuan nyawa.

ADVERTISEMENT

BACA: Hilang Ketika Tukar Kereta, Ibu Minta Jasa Orang Ramai Cari Anak Hilang

Hal itu juga berkait dengan sikap dengki sesetengah pihak yang sengaja ingin mencetuskan kemalangan jalan raya dengan berniat untuk melakukan jenayah seperti meletakkan paku di atas jalan, membaling batu dan sebagainya.

Kereta nyaris terbabas, cermin pecah dilontar batu

Namun, kejadian serupa berlaku kepada seorang individu apabila kereta yang dipandunya telah dibaling batu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga nyaris menyebabkan kemalangan.

Menerusi perkongsiannya di aplikasi TikTok, batu tersebut dipercayai dilontar oleh seseorang dari jejantas di Kilometer 32.6 Lebuh Raya Utara-Selatan arah Utara, Johor, semalam.

Akibat daripada itu, cermin bahagian hadapan kenderaan tersebut dilihat pecah teruk sehingga nyaris terbabas dan melanggar kenderaan lain.

Tolong viralkan supaya orang lain boleh berhati-hati selepas ini. Nasib tak terbabas.

@kezurulzalzal97

Tlong Tt viralkn… spaya orng lain bole brhati2 pasni… nasib tak trbabas … #fypシ #fyppppppppppppppppppppppp

♬ Eh eh eh – ig : i_keydin
Link TikTok

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna laman sosial turut memberikan pelbagai reaksi termasuklah mengecam tindakan individu yang melontarkan batu tersebut.

Disangka ketulan batu dari jambatan, rupanya ada orang yang baling

Menurut Utusan Malaysia, mangsa yang dikenali sebagai Mohd Rayyan Iskandar berkata ketika kejadian, dia bersama tiga lagi rakannya menaiki kereta jenis Perodua Myvi yang dalam perjalanan ke Perlis pada jam 12.53 tengah hari.

Pada awalnya, dia menyangka ketulan batu itu jatuh dari struktur jambatan, namun apabila melihat semula rakaman, terdapat seorang individu yang melontarkan batu tersebut.

Tiba-tiba, ada beberapa ketulan batu jatuh dari sebuah jambatan di tempat kejadian dan pada awalnya kami sangkakan mungkin hanya ketulan batu yang jatuh.

Namun, ketika kami melihat semula kamera kereta didapati ada orang yang membaling batu ke arah kereta saya.

Tambahnya, pemandu lain yang melalui jalan itu juga turut mengalami nasib yang sama dan dirinya nekad melaporkan kejadian itu kepada polis.

Polis jalankan siasatan, percaya ada unsur khianat?

Dalam pada itu, menurut Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Rodzi Abu Hassan, pihaknya telah menerima satu laporan mengenai kejadian tersebut.

Katanya, polis telah pun menjalankan siasatan bagi mengenal pasti dalang disebalik kejadian kerana mensyaki terdapat unsur khianat dalam kejadian itu.

Bagaimanapun, pihaknya juga turut meminta jasa orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai insiden itu agar segera tampil bagi membantu siasatan.

Mereka juga boleh menghubungi Bilik Gerakan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu di talian 04-9176999.

Kredit: TikTok kezurulzalzal97 I Utusan Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas