Connect with us

Oh! Media

Hilang Ketika Tukar Kereta, Ibu Minta Jasa Orang Ramai Cari Anak Hilang

Trending

Hilang Ketika Tukar Kereta, Ibu Minta Jasa Orang Ramai Cari Anak Hilang

Sejak rentas negeri dibenarkan, masyarakat dilihat tidak melepaskan peluang bagi menggunakan kelonggaran itu untuk melakukan aktiviti di luar rumah.

ADVERTISEMENT

BACA: Tular ‘Security’ Hilang Ketika Kejar Pencuri, Ayat Pertama Semasa Ditemui Cetus Tanda Tanya

Hal itu termasuklah pergi melawat ibu bapa di kampung, melakukan aktiviti riadah serta membawa keluarga tercinta melancong di sesuatu tempat.

Namun, malang tidak berbau, sejak akhir-akhir ini juga kita sering mendengar akan berita tidak menyenangkan termasuklah beberapa individu yang hilang tanpa dijejaki.

Anak hilang secara tiba-tiba

Perkara ini juga berlaku kepada sepasang suami isteri apabila anaknya yang berusia 24 dilaporkan hilang secara tiba-tiba ketika pulang dari tempat kerja di Kemaman, Terengganu.

Menurut laporan Kosmo, seorang ibu yang menetap di Taman Air Batu, Johor Bahru, masih bingung dengan nasib anak lelakinya yang hilang sejak 29 Oktober lalu.

Ibu mangsa, Azmawati Ab. Kadir berkata, anaknya sebelum ini balik ke kampung di Pasir Gudang untuk menjenguk keluarga selain sempat menukar kenderaan.

Tujuan anaknya, Muhammad Iman Aqmar Dzulkarnain, menukar kenderaan adalah kerana ingin membawa mereka sekeluarga bercuti di Kelantan.

13 November ini, hari terakhir dia kerja di Kemaman dan dia merancang untuk membawa kami sekeluarga bercuti-cuti di Kelantan.

Sebab itu dia ingin menukar kereta yang lebih besar supaya memudahkan pergerakan apabila kami ke sana.

Tambahnya lagi, anak sulung daripada dua beradik itu pada asalnya memandu Proton Iriz sebelum menukarnya kepada kereta Nissan Grand Livina.

Pelik bila anak tak hubungi sejak semalam

Jelasnya lagi, dia biasanya akan menghubungi anaknya setiap sejam bagi bertanyakan keadaannya. Namun, dia tertidur oleh kerana kepenatan semasa hari kejadian.

Apabila sedar dari tidur keesokan harinya, anaknya itu masih tidak menghubungi atau menghantar pesanan mesej kepadanya. Malah, dia juga gagal dihubungi.

Azmawati juga turut mencari jalan lain seperti menghubungi rakan kerja, kawan-kawan serta tunangnya, malah masih mendapat jawapan yang sama.

Bagaimanapun, dia masih berpegan teguh akan firasatnya yang menyatakan anaknya itu masih hidup dan akan pulang dengan selamat.

Abang, di mana kamu nak, ibu rindu, pulanglah.

Minta orang ramai jejak anak

Menurutnya, laporan polis juga sudah dibuat di Balai Polis Kemaman, Terengganu pada 29 Oktober lalu dan memohon orang ramai supaya menjejaki anaknya itu.

Dia berkata, anaknya telah keluar dengan memandu kenderaan (MVP) Nissan Grand Livina, Nombor pendaftaran WWF 3187 pada pukul 1.30 pagi jumaat lalu untuk pulang ke Kemaman.

Selain itu, orang ramai yang melihat kenderaan atau Muhammad Iman boleh menghubungi Azmawati di talian 011-186446801 atau salurkan maklumat kepada balai polis berdekatan.

Harap dengan maklumat ini, anaknya mampu dijumpai dan pulang dengan selamat. Insha Allah.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas