Connect with us

Oh! Media

(Video) Kanak-Kanak Jatuh Dari Jejambat Selepas Tercampak Keluar Daripada Kereta

Trending

(Video) Kanak-Kanak Jatuh Dari Jejambat Selepas Tercampak Keluar Daripada Kereta


Setiap tahun mesti ada sahaja berita mengenai kecederaan ataupun kematian kanak-kanak yang terlibat dalam kemalangan disebabkan tidak mengunakan kerusi keselamatan ‘car seat’ didalam kereta. 

ADVERTISEMENT

Hari ini di akhbar, ada dilaporkan mengenai seorang kanak-kanak yang berusia lapan tahun parah apabila dia dikatakan tercampak keluar dari kereta yang dinaikinya sebelum terjatuh dari jejambat, dalam kemalangan di kilometer 0.4 Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) berhampiran Jalan Tun Razak, Jumaat lepas.

Kejadian itu juga dipercayai berlaku apabila kereta yang dipandu oleh bapa kanak-kanak itu telah terbabas dengan sendirinya.

Kenderaan itu terbabas disebabkan hujan lebat sebelum melanggar tembok kiri jejambat.

Akibat kemalangan itu, mangsa yang duduk di tempat duduk belakang tercampak dari cermin sisi belakang kanan dan telah jatuh ke bawah dari jejambat berkenaan. – Kata Ketua Asisten Komisioner Zulkifly Yahya.

Mangsa dikatakan tercampak dari ketinggian antara 10 hingga 15 meter dan telah jatuh di kawasan parkir sebuah pusat jualan kereta terpakai di Jalan Pahang.

Mangsa juga mengalami kecederaan retak di paha kiri sebelum dia dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk siasatan lanjut.

Siasatan kes masih lagi dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian. – Katanya.

https://youtu.be/wpA_X6B2tFY

Sebab itulah pentingnya penggunaan kerusi keselamatan bagi kanak-kanak. Ini kerana tali pinggang keledar di dalam kereta adalah hanya untuk orang dewasa dan ianya berbeza pula untuk kanak-kanak.

Kredit: Harian Metro, Wan’s

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas