Connect with us

Oh! Media

“Kami Terpaksa Buang Makanan Di Dapur” – ‘Banjir Najis Babi’ Resahkan Penduduk Kampung

Trending

“Kami Terpaksa Buang Makanan Di Dapur” – ‘Banjir Najis Babi’ Resahkan Penduduk Kampung

Pada Ogos yang lalu, negara kita telah mengalami perubahan iklim sehingga menyebabkan beberapa negeri mengalami hujan lebat sehingga berlakunya banjir kilat.

ADVERTISEMENT

BACA: Tular ‘Banjir Merah’ di Johor Bahru, Ketua Biro Komunikasi Pulai Tampil Beri Penjelasan

Antara negeri yang terjejas adalah Pulau Pinang selepas dilaporkan beberapa daerah di negeri itu menghadapi bencana alam sehingga menenggelamkan beberapa buah rumah.

Perkara itu membuat pihak kerajaan membuka Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dalam daerah Seberang Perai bagi mereka yang terjejas.

Derita najis babi hingga paras paha

Namun, terdapat kisah daripada penduduk Kampung Jawi, Nibong Tebal yang mendakwa banjir kilat yang melanda perkampungan itu pada Ogos lalu bercampur najis babi.

Kejadian itu didakwa berlaku selepas kerja naik taraf sebuah ladang ternakan babi yang dipercayai dilakukan tanpa sistematik sehingga sistem perparitan terjejas.

Penduduk menunjukkan sistem saliran yang tercemar dengan najis babi di Kampung Jawi, Nibong Tebal semalam. (Sumber: Kosmo!)

Menurut seorang penduduk bernama P. Seeta, sebelum ini banjir kilat yang berlaku hanya berada di paras buku lali, namun kini, paras air menyamai setinggi satu meter.

Tambahnya lagi, dia juga terpaksa membuang hampir keseluruhan makanannya di dapur oleh kerana terkena najis babi.

Saya terpaksa buang semua makanan di dapur kerana ada yang terkena banjir najis babi selain mesin basuh rosak.

Pakaian anak-anak dan sofa juga terpaksa dibuang kerana ia sangat kotor dan dikhuatiri akan menjejas kesihatan.

Naik taraf kilang punca sistem perparitan terganggu?

Menurut seorang lagi penduduk bernama P. Goovintan, dia mendakwa kerja naik taraf ladang itu mampu mengganggu sistem perparitan sedia ada sehingga menyebabkan banjir yang buruk berlaku.

Malah, parit sedia ada juga tidak diurus apabila najis babi berwarna hitam tersekat.

Kami sudah biasa dengan bau busuk, tetapi tak tahan apabila banjir itu melanda dan dikhuatiri akan berulang.

Sementara itu, Presiden Sahabat Alam Malaysia, Meenaksi Raman berkata, pihaknya menerima kira-kira 300 aduan berkaitan masalah tersebut.

Selain itu, penduduk juga mendakwa masalah yang berlaku itu tidak diendahkan oleh pihak berwajib walaupun sudah banyak kali membuat aduan.

Tambah Meenaksi, saliran sedia ada tidak mamu menampung kapasiti air yang banyak ketika hujan lebat kerana tidak terurus, dipenuhi semak dan sampah.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas