×
Puasa Barakah Bersama
Connect with us

Oh! Media

Jejambat SUKE Runtuh, 5 Individu Terperangkap Dalam Runtuhan

Oh! Tidak

Jejambat SUKE Runtuh, 5 Individu Terperangkap Dalam Runtuhan

Kejadian jejambat pembinaan Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) runtuh yang berlaku petang semalam menyebabkan sebuah van kilang dihempap sewaktu van tersebut berada di tempat kejadian.

Pemandu treler yang melanggar jejambat tersebut dilaporkan positif dadah jenis methamphetamine, lapor akhbar Sinar.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, ujian saringan awal urin telah dilakukan ke atas pemandu yang berusia 40 tahun dilakukan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dan direman di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952

Dilaporkan kejadian itu melibatkan lima orang yang berada di dalam van kilang berkenaan.

“Dua daripada empat wanita pekerja kilang itu meninggal dunia dan tiga yang lain termasuk pemandu mengalami kecederaan” 

Pemandu mengalami kecederaan patah tulang bahu sebelah kiri, bengkak pada paru-paru dan berlaku pendarahan dalaman manakala dua yang lain cedera kaki sebelah kiri dan betis kiri.

Kejadian berlaku disebabkan treler berkenaan melanggar kerangka besi pada pembinaan dan menyebabkan jejambat runtuh sebelum menghempap van kilang yang dalam perjalanan ke sebuah kilang di USJ 1, Subang Jaya.

Kredit : Sinar Harian

ADVERTISEMENT

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Penulis di Oh! Media. Berkongsi mengenai isu viral dan info terkini

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

To Top