Connect with us

Oh! Media

Jatuh Jambatan Gantung, Mayat Dua Beradik Akhirnya Ditemui

Trending

Jatuh Jambatan Gantung, Mayat Dua Beradik Akhirnya Ditemui

Dua orang beradik dipercayai lemas selepas motosikal yang ditunggang ibu hilang imbangan ketika melalui jambatan gantung di Kampung Rekoh, Rompin, Pahang. Dalam kejadian pada Rabu, ibu mangsa membawa dua anaknya itu pulang dari Sekolah Kebangsaan (SK) Keratong 1 ke tempat tinggal mereka di ladang Peetih.

ADVERTISEMENT

Selepas usaha mencari dan menyelamat dijalankan, mayat dua beradik berkenaan akhirnya ditemui pada malam Khamis dan pagi Jumaat. Memetik laporan Sinar Harian, Pemangku Ketua Polis Daerah Rompin, Asisten Superintendan Mohd Isa Bidin berkata, penduduk kampung menemui mayat Dhenis Maulida Putri Masari pada jam 8 malam Khamis kira-kira 100 meter dari tempat kejadian.

Manakala, mayat adik, Putri Rama Dhania Azahra yang berusia tiga tahun ditemui pada hari Jumaat jam 7.30 pagi. Katanya lagi, mayat mangsa kedua ditemui kira-kira 150 meter dari lokasi kejadian selepas timbul di permukaan air.

Kedua-dua mayat mangsa dihantar ke Hospital Muadzam Shah di sini untuk tindakan lanjut.

Dilaporkan, operasi mencari dan menyelamat kedua-dua mangsa melibatkan seramai 30 orang anggota dan pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas