Connect with us

Oh! Media

“Jangan Salahkan Staff” – Akui Keadaan Kedai Selalu Semak, Pekerja 99 Speedmart Tampil Jelaskan Perkara Sebenar

Oh! Tidak

“Jangan Salahkan Staff” – Akui Keadaan Kedai Selalu Semak, Pekerja 99 Speedmart Tampil Jelaskan Perkara Sebenar

Kalau korang pergi ke mana-mana cawangan kedai serbaneka 99 Speedmart, mesti korang akan berdepan dengan situasi keadaan kedai yang semak kan?

ADVERTISEMENT

BACA: Faham Situasi Pekerja, Hafiz Mahamad Bakal Sediakan ‘Nursery’ Di Ofis Ainaa Beauty

Perkara ini telah menyebabkan pelanggan susah untuk mengambil atau mencari barangan yang ingin mereka beli.

Pekerja tampil jelaskan perkara sebenar

Keadaan yang berselerak itu rupanya juga tidak digemari pekerja kedai serbaneka berkenaan yang tampil menjelaskan perkara sebenar menerusi satu video yang tular di TikTok.

@_m.hidayat_ speedmart ni memang suka boom barang ke dah kemas cantik semua esok datang benda yang sama stress aku ! ingat staf tak sakit ke badan semua kalau barang pun benda sma jee hantar .kadang² customer nak beli barang pun susah ,tk ikut trip !kepada customer tersyg jangan salah kan staf salah kan whrehouse speedmart ☺️#fypp #fypsounds #speedmart99 ♬ bunyi asal – мιяα❤

Menerusi video tersebut, dapat dilihat keadaan kedai serbaneka tersebut yang berselerak dipenuhi dengan lambakan kotak-kotak yang mengandungi stok baru untuk diisi.

Menurut pemuda yang memuat naik video itu, jadual penghantaran yang tidak teratur menyebabkan para pekerja gagal untuk menyimpan stok dengan baik kerana tiada lagi tempat untuk meletakkan stok-stok tersebut.

Respon netizen

Menjengah di ruangan komen, terdapat segelintir individu turut berkongsi pengalaman sama sepanjang bekerja di kedai serbaneka berkenaan.

Kredit: TikTok _m.hidayat_

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas