Connect with us

Oh! Media

Faham Situasi Pekerja, Hafiz Mahamad Bakal Sediakan ‘Nursery’ Di Ofis Ainaa Beauty

Trending

Faham Situasi Pekerja, Hafiz Mahamad Bakal Sediakan ‘Nursery’ Di Ofis Ainaa Beauty

Sebut sahaja nama Hafiz Mahamad, pasti ramai yang mengenali influencer dan usahawan yang terkenal itu.

ADVERTISEMENT

BACA: Hafiz Mahamad ‘Sponsor’ 3 Ke 6 Buah Bas Balik Kampung Sempena Aidilfitri

Hafiz yang merupakan pengasas kepada jenama Ainaa Beauty dilihat sangat rapat dan seringkali memberi pelbagai imbuhan dan hadiah kepada pekerja-pekerjanya.

Bakal sediakan nursery buat pekerja

Terbaru, pengasas produk kecantikan itu menyampaikan berita gembira buat semua pekerja Ainaa Beauty menerusi akaun TikToknya.

@hafizmahamad

Ini janji saya, mungkin nampak kecil tp benda ni bermakna sangat untuk semua staff Ainaa💙

♬ original sound – Hafiz Mahamad

Menerusi video yang dimuat naiknya itu, Hafiz berjanji akan menyediakan pusat jagaan kanak-kanak khusus buat pekerjanya yang bergelar ibu dan bapa.

Ini janji saya, dengan izin Allah, ada kemampuan pada bulan 10 ataupun bulan 12, saya akan sediakan satu tempat ni. Insya-Allah dengan izin Allah, bawah Ainaa Beauty, atas tu saya akan sediakan satu tempat untuk anak-anak awak duduk (enam tahun ke bawah).

Hafiz turut menambah bahawa inisiatif ini adalah untuk meringankan beban pekerjanya yang perlu membayar nilai yang tinggi ketika menghantar anak-anak mereka ke pusat jagaan kanak-kanak.

Saya tahu kehidupan awak di luar macam mana. Nak bayar untuk seorang anak RM500, kalau dua orang anak dah RM1,000 dan sebagainya. Jadi saya nak selesaikan masalah itu.

Dan siapa yang bujang, nak berkahwin tetapi tak cukup duit, mari datang pada saya. Jujur saya cakap, ada yang sudah berkahwin di Ainaa Beauty tetapi tak cukup duit, saya akan bagi duit. Sebab saya taknak awak tertekan di luar sana berkenaan dengan duit.

Berita baik itu telah menyebabkan ada di kalangan pekerjanya menitiskan air mata sebagai tanda terharu dengan inisiatif yang dibuat majikannya itu.

Dapat majikan macamni wajib dihargai

Perkongsian Hafiz itu turut mendapat respon dari warganet. Rata-rata mereka kagum dengan sikap usahawan terkenal itu yang sangat memahami keadaan pekerja-pekerjanya dan mendoakan agar perniagaan Ainaa Beauty terus maju.

Semoga kebaikan Hafiz ini dibalas dengan rezeki yang melimpah ruah untuk dia terus membantu orang sekeliling.

Kredit: TikTok Hafiz Mahamad

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas