Connect with us

Oh! Media

Insiden Kecoh Depan Sekolah, Polis Sahkan Bukan Kes Culik Tapi Rebut Hak Jagaan Anak

Trending

Insiden Kecoh Depan Sekolah, Polis Sahkan Bukan Kes Culik Tapi Rebut Hak Jagaan Anak

Tular di media sosial baru-baru ini mengenai satu insiden kecoh yang berlaku di hadapan sebuah sekolah melibatkan orang ramai yang bergelut untuk menyelamatkan seorang kanak-kanak.

ADVERTISEMENT

BACA: “Suspek Hanya Rindukan Anak Di Negara Asal”- Polis Bantuan Dapati Dakwaan Culik Hanya Salah Faham

Dapat dilihat pergelutan yang agak teruk berlaku sehinggakan seorang wanita yang dipercayai ibu kepada kanak-kanak tersebut tersembam di atas jalan kerana ingin menyelamatkan anaknya.

Polis nafi kes culik, rupanya rebut jagaan anak

Dalam pada itu, pihak polis mengesahkan insiden yang berlaku itu bukanlah kes culik seperti yang diuarkan-uarkan netizen tetapi ianya merupakan kes merebut hak jagaan kanak-kanak tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Mohd Radzi Ahmad, seorang wanita tampil membuat laporan memaklumkan cucunya yang berusia sembilan tahun dilarikan bekas menantunya dengan menaiki sebuah kereta.

Siasatan polis mendapati ia bukan kes culik sebaliknya ia adalah disebabkan perebutan anak (mangsa) yang mana insiden itu berlaku selepas kanak-kanak terbabit pulang dari sekolah.

Dalam kejadian ini, pengadu (nenek mangsa) yang mengalami kecederaan datang ke balai polis untuk membuat laporan bagi siasatan selanjutnya.

Tambah Radzi lagi, perebutan hak penjagaan kanak-kanak tersebut berlaku sejak ibu bapanya berpisah pada 2013 dengan proses tuntutan masih lagi dalam perbicaraan di mahkamah.

Suspek juga turut membuat laporan polis menyatakan mangsa kini selamat berada di bawah jagaannya dan menyerahkan perkara ini kepada pihak peguam serta polis bagi menjalankan siasatan.

Orang awam dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi tidak benar berkaitan video yang telah tular.

Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Kredit: Facebook Aliff Aliff Aziz | Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas