Connect with us

Oh! Media

“Suspek Hanya Rindukan Anak Di Negara Asal”- Polis Bantuan Dapati Dakwaan Culik Hanya Salah Faham

dakwaan culik

Trending

“Suspek Hanya Rindukan Anak Di Negara Asal”- Polis Bantuan Dapati Dakwaan Culik Hanya Salah Faham

Hari tu Ohmedia ada kongsi artikel tentang pendedahan seorang individu yang mendakwa berlaku cubaan culik kanak-kanak oleh seorang wanita warga asing di Genting Highlands.

ADVERTISEMENT

BACA: “Hati-Hati Yang Bawa Anak” – Individu Kongsi Detik Cemas Kanak-Kanak Hampir Diculik Di Genting Highlands

Perkara itu menjadi viral selepas ia dikongsikan di TikTok dan suspek telah ditahan polis bantuan.

Dakwaan cubaan menculik hanya salah faham?

Walaupun suspek telah ditahan, pihak polis mengesahkan masih belum menerima sebarang laporan polis. Hasil siasatan juga mendapati hanya berlaku salah faham.

Seperti yang dipaparkan dalam video berkenaan, di mana rakaman berlaku cubaan culik itu berakhir di pejabat Polis Bantuan (PB) di Genting Highlands dan pihak PB sudah membuat laporan polis berhubung video yang tular.

Pihak PB sudah mendapatkan maklum balas daripada wanita warga asing terbabit dan mendapati kejadian ini adalah satu salah faham dan tiada berlaku sebarang cubaan jenayah. – Kata Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar.

Polis lakukan siasatan lanjut dan panggil pemilik video TikTok

Walaupun pihak PB sudah mendapatkan kenyataan dari suspek, pihak polis akan meneruskan siasatan termasuk memanggil pemilik video TikTok @ALFITRY_AZMI52 bagi mendapatkan maklumat lanjut ketika kejadian.

Pemeriksaan awal oleh PB Genting Highlands mendapati wanita warga asing yang dikatakan ingin menculik kanak-kanak itu mempunyai dokumen perjalanan sah dan tiada sebarang unsur mencurigakan.

Setakat ini kejadian dipercayai berlaku akibat wanita itu merindukan anaknya di negara asal. – Jelasnya.

Oleh itu, pihak polis berharap agar orang ramai tidak buat sebarang spekulasi dan sebarkan berita tak pasti.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas