Connect with us

Oh! Media

Ini Keadaan Terkini Rafah Yang Semakin Tenat

Rafah

Oh! Tidak

Ini Keadaan Terkini Rafah Yang Semakin Tenat

“Tidak, kami tidak menangis setiap hari…ini sedikit senyuman daripada Rafah, Palestin,” itu antara beberapa kandungan hantaran di Facebook (FB) Dr Mohd Syafwan Adnan iaitu seorang daripada enam sukarelawan rakyat Malaysia yang ketika ini berada di Rafah, selatan Gaza.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Harian Metro, Selain Dr Mohd Syafwan yang juga Pakar Perubatan Klinikal Pembedahan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), sukarelawan misi kemanusiaan pasukan perubatan itu membabitkan individu lain

Ia membabitkan Pakar Bedah Am Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Dr Haniif Ahmad Mazian, Doktor Trauma dan Bedah Mercy Malaysia Dr Ashok Kannan, Pakar Anestesia Hospital KPJ Kuantan Dr Md Lukman, Pakar Ortopedik Hospital An Nur Dr Rohaman dan pegawai logistik Mercy Malaysia dikenali sebagai Radzi.

Enam sukarelawan Mercy Malaysia yang masuk ke Rafah pada 1 Mei lalu di bawah koordinasi dan naungan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) itu buat masa ini terperangkap ekoran penutupan pintu sempadan lintasan Rafah oleh rejim Zionis. 

Dalam satu lagi hantarannya di FB, Dr Mohd Syafwan berkata, beliau terharu dengan semua usaha yang sudah dilakukan untuk memastikan mereka keluar dari Rafah dengan selamat.

“Terima kasih banyak-banyak. Saya hargai semua usaha. Semoga kami boleh keluar segera. Saya berdoa semoga doa anda semua akan dimakbulkan dan untuk anda juga,” katanya.

Dalam satu hantaran lain, beliau meluahkan, keadaan di Rafah adalah malapetaka kemanusiaan dengan terlalu ramai kanak-kanak menjadi mangsa.

“Oh dunia, berapa banyak lagi korban yang diperlukan untuk kita mengambil tindakan sebenar. Rafah sedang rebah,” katanya.

Harian Metro kelmarin melaporkan, enam rakyat Malaysia membabitkan lima doktor pakar dan seorang kakitangan logistik terkandas di sebuah hospital di Rafah selepas memasuki zon peperangan antara Palestin dan Israel itu sejak 1 Mei lalu.

Berdasarkan rakaman disiarkan seorang daripadanya, pakar bedah am memperkenalkan diri sebagai Dr Haniif berkata, mereka masih berlindung di hospital itu sambil merawat pesakit yang dibawa ke hospital berkenaan.

Dr Haniif dilaporkan berkata, mereka sedang menunggu arahan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk keluar secepat mungkin sebaik pintu sempadan dibuka semula oleh rejim Zionis.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas