Connect with us

Oh! Media

Ingatkan Ada Orang Perhati, Rupa-Rupanya Mayat Tergantung

Trending

Ingatkan Ada Orang Perhati, Rupa-Rupanya Mayat Tergantung

Bayangkan korang pergi satu kawasan, tapi rasa macam ada orang tengah usha gerak-geri korang. Bila check rupa-rupanya, mayat!

ADVERTISEMENT

Itulah yang terjadi pada sekumpulan pemancing di Sabah. Menurut laporan, mereka pergi ke kawasan sungai untuk mencari umpan. Tapi, mereka rasa pelik macam ada seseorang yang memerhatikan mereka.

Bila mereka lalu di sebatang pokok, mereka lihat ada mayat seorang lelaki yang tergantung dekat situ. Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji, lelaki tersebut dipercayai telah bunuh diri.

“Pemeriksaan turut mendapati, kejadian dipercayai baru berlaku dan lelaki terbabit menggantung diri menggunakan tali yang diikat pada pokok.” – katanya.

Bagaimanapun, pihak polis belum dapat kenal pasti identiti lelaki tersebut. Setakat ini juga tiada langsung unsur jenayah yang dijumpai. Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas