Connect with us

Oh! Tidak

“Ibu Sihat Je Di Rumah” – Suami Pulang Dari Mekah Sedih Baru Tahu Isteri Meninggal 14 Hari Lepas

Suami mana yang tak sedih bila dapat tahu isteri kesayangan sudah 14 hari meninggal. Ya Allah sedihnya…

Tular di TikTok, seorang warga emas yang difahamkan baru saja pulang dari tanah suci dari menunaikan haji, menangis selepas anaknya memberitahu berita duka tersebut.

IKLAN

Lebih sedih, sebelum mengetahui tentang pemergian itu, si suami sempat memandang sekeliling untuk mencari kelibat isterinya.

Keadaan fizikal bapa yang membuatkan kita tak boleh memberitahu awal.

@kelincii_putih

14 hari kepergian mama,bapa baru dikasih tau setelah sampai dari tanah suci mekah alfatihah

♬ suara asli – Ziell Ferdian – Ziell Ferdian

Namun, perkara itu telah diberitahu kepada adik bongsu yang meneman bapanya melakukan ibadah haji di sana.

Isteri sempat minta telekung sebagai ole-ole

Mengikut perancangan, pasangan ini sepatutnya pergi bersama namun kesihatan si isteri tak mengizinkan yang menyebabkan anak bongsu terpaksa menggantikan tempat ibu.

Ibu sihat saja di rumah.

Itulah kata-kata yang digunakan oleh anak bongsu setiap kali si bapa bertanya tentang keadaan ibu.

Awal-awal pergi memang video call guna telefon adik bongsu kerana bapa memang tak guna telefon. Ibu sempat minta ole-ole telekung semasa video call.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warganet mengakui sedih dan bersimpati dengan kehilangan tersebut.

Ya Allah sedihnya tengok si suami menangis teresak-esak lepas dapat tahu berita tersebut. Bukan senang nak terima berita macam ni. Semoga dia dan keluarga tabah hadapi ujian.

Jap!


Penulis separuh masa Oh! Media berkaitan isu trending dan hangat.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas