Connect with us

Oh! Tidak

Suami Sempat Ajar Isteri Dan Ibu Mengucap Sebelum Hembus Nafas Terakhir Akibat Elak Kera

Dalam detik-detik terakhir, seorang suami sempat mengajar isteri dan ibunya mengucap dua kalimah syahadah sebelum mereka menghembuskan nafas terakhir selepas terlibat dalam kemalangan di Simpang Tiga Kuala Bakong, Jalan Malau-Kuala Ketil, pada Sabtu.

Mohd Fadzil Othman, 27, berkata selepas kemalangan berlaku, dia terus keluar dari kereta untuk mencari isteri, anak bongsu, dan ibunya yang terpelanting keluar dari kenderaan. Mereka tercampak beberapa meter dari kereta selepas Fadzil cuba mengelak seekor kera yang melintas jalan.

IKLAN

Fadzil menceritakan, sebelum kejadian, mereka sekeluarga baru selesai berkelah di Sungai Sedim sempena cuti Hari Kebangsaan. Setibanya di lokasi kejadian, seekor kera meluru melintas jalan, menyebabkan kereta berpusing dan terbabas ke dalam longkang.

Saya bergegas keluar mencari isteri, Siti Norhasliza Kamarudin, 26, yang tercampak hampir lima meter dari kereta. Keadaannya amat teruk, tapi saya sempat ajar dia mengucap dua kalimah syahadah sebelum dia menghembuskan nafas terakhir di pangkuan saya.

Kemudian, saya pergi kepada emak, Omi Kalsom Man, 69, yang dalam keadaan sangat nazak sebelum meninggal dunia di tempat kejadian.- Katanya.

Fadzil percaya isterinya telah cuba melindungi anak perempuan mereka, Lufiya Mikayla, 2, dengan memeluknya, menyebabkan dia mengalami hentakan serius dalam kemalangan itu.

Fadzil sendiri cedera di tangan dan kaki, manakala anak sulung mereka, Luth Mikhael, 3, tidak mengalami sebarang kecederaan. Fokus utamanya sekarang ialah keadaan anak perempuannya yang sedang bertarung nyawa di ICU Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.

Jenazah Siti Norhasliza telah selamat dikebumikan di kampung halamannya di Padang Temusu pada pukul 10 pagi, manakala jenazah Omi Kalsom dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Haji Ngah pada pukul 11 pagi Ahad.

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Sinar Harian


Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas