Connect with us

Oh! Media

Ibu Buat Aduan Anak Dapat Ayam Mentah Di Kantin Tapi Guru Suruh Pelajar Periksa Dahulu Sebelum Makan?

kantin sekolah

Trending

Ibu Buat Aduan Anak Dapat Ayam Mentah Di Kantin Tapi Guru Suruh Pelajar Periksa Dahulu Sebelum Makan?

Cerita mengenai kuantiti makanan yang sedikit, harga pula mahal sering kali didengari berlaku di kantin sekolah. Isu ini bukanlah baru sehinggakan ada pelajar keracunan akibat sikap sambil lewa pengusahan kantin sekolah.

ADVERTISEMENT

Bagaimanapun, kali ini cerita yang dikongsikan oleh seorang ibu mengenai kantai sekolah anaknya lain pula, apabila pedal ayam yang dibeli masih mentah dan lebih meloyakan tekak serta membimbangkan, didapati pedal itu tidak dicuci bahagian dalamnya sebelum masak.

Difahamkan melalui penjelasan wanita itu, dia sudah pun membuat aduan pada pihak sekolah, bagaimanapun reaksi guru disana seakan endah tak endah dengan perkara yang berlaku ini kerana tidak mengambil tindakan selanjutnya.

Pelajar pula dinasihatkan periksa sebelum makan?

Lebih mengecewakan, tenaga pengajar sekolah itu menasihati pelajar untuk memeriksa makanan mereka sebelum dibeli pula, bukannya hendak mengambil tindakan tegas terhadap pihak kantin berkenaan.

@crystalhijab1493

kisahnya, anak beli ayam goreng dekat kantin sekolah. Ibu buat report pada cikgu. cikgu pesan pada anak murid sebelum makan tengok dulu. Makcik kantin ???

♬ Piu Piu Piu – 拼音师

Melihat pada ruangan komen hantaran tersebut, hampir kesemua netizen berasa bingung dengan tindakan guru sekolah itu dan ada juga yang menasihati ibu tersebut untuk membuat aduan kepada pihak atasan kerana hal ini amat merbahaya jika dibiarkan.

komen tiktok

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas