Connect with us

Oh! Media

Gas Bocor Dalam Ambulans Punca Seorang Petugas Kesihatan Maut, Tiga Pengsan

Trending

Gas Bocor Dalam Ambulans Punca Seorang Petugas Kesihatan Maut, Tiga Pengsan

Seorang petugas kesihatan maut manakala tiga lagi pengsan di dalam ambulans dipercayai berpunca daripada kebocoran gas karbon monoksida.

ADVERTISEMENT

Memetik laporan Sinar Harian, Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Ahmad Mukhlis Mokhtar memaklumkan, bomba pada awalnya menerima maklumat terdapat kebocoran gas di Klinik Kesihatan Bukit Pelandok kira-kira jam 9.30 pagi.

Seramai 35 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson dan HAZMAT telah ke lokasi untuk membuat pemeriksaan di premis namun mendapati tiada berlaku sebarang kebocoran.

Pihak Klinik Kesihatan memaklumkan seorang petugas klinik itu rebah tiba-tiba selepas mengadu sakit dada sebelum tiga petugas lain membawa mangsa ke hospital menggunakan sebuah ambulans.

Jelasnya, sebaik tiba di Hospital Port Dickson, mangsa dan tiga petugas yang berada di belakang tidak sedarkan diri. Pemeriksaan mendapati mangsa telah meninggal dunia. Manakala tiga yang pengsan diberi rawatan lanjut.

kebocoran gas karbon monoksida
Foto: Sinar Harian

Dalam laporan terbaru, Pakar Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) Negeri Sembilan, Timbalan Penguasa Bomba, Mohammad Idris memaklumkan ujian pengesanan gas dalam tempoh 10 minit perjalanan mendapati bacaan kandungan gas karbon monoksida dalam kabin ambulans berkenaan tinggi sehingga mencecah 87 ppm.

Bacaan diambil dalam tempoh 10 minit perjalanan sahaja dan kadar bacaan berkenaan berkemungkinan bertambah mengikut tempoh masa perjalanan dari Klinik Kesihatan Bukit Pelandok ke Hospital Port Dickson.

Pihak hospital juga mengesahkan telah menjumpai gas yang sama dalam paru-paru mangsa yang pengsan yang kini kesemuanya telah dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Difahamkan kejadian sama turut berlaku semalam (Rabu) di mana seorang petugas kesihatan pengsan apabila menaiki ambulans berkenaan.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas