Connect with us

Oh! Media

Ferrero Rocher Henti Beli Minyak Sawit Sebab AS Tuduh Sime Darby Guna Buruh Paksa?

ferrero rocher

Trending

Ferrero Rocher Henti Beli Minyak Sawit Sebab AS Tuduh Sime Darby Guna Buruh Paksa?

Bila masa pula Malaysia ni guna buruh paksa? Pekerja luar negara yang datang ke Malaysia nak cari kerja adalah, gajipun boleh tahan apa. Apapun itulah tuduhan terbaru yang dilakukan pihak Amerika Syarikat ke atas Malaysia yang dilihat cuba memberi pandangan buruk kepada pengeluaran minyak sawit negara kita.

ADVERTISEMENT

Kesannya, syarikat konfeksionari utama Itali, Ferrero bercadang untuk hentikan pembelian sumber minyak sawit dari Sime Darby Plantation Bhd. Ini apabila pihak kastam AS membuat tuduhan liar berkenaan.

Ferrero akan mematuhi keputusan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) AS,” kata Ferrero, yang menggunakan minyak sawit dalam penghasilan coklat Ferrero Rocher dan Nutella kepada Reuters menerusi emel.

Nampaknya bukan syarikat Ferrero sahaja hentikan pembelian, syarikat lain sebelum ini terut melakukan perkara sama seperti Hershey Co dan General Mils Inc. Apa yang berlaku ini sudah pasti akan menjejaskan reputasi baik minyak sawit keluaran Sime Darby dan Malaysia.

Pihak Sime Darby bagaimanapun memaklumkan bahawa Ferrero bukanlah pelanggan mereka. Forrero kemudian berkata ia benar kerana mereka tidak membeli terus daripada firma Malaysia.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas