Connect with us

Oh! Media

Dua Lelaki Meninggal Dunia Selepas Selamatkan Mak Yang Hampir Lemas

Trending

Dua Lelaki Meninggal Dunia Selepas Selamatkan Mak Yang Hampir Lemas

Setakat ini, kita sering disajikan dengan pelbagai perkongsian daripada masyarakat akan aktiviti yang dilakukan sejak kelonggaran rentas negeri.

ADVERTISEMENT

BACA: 15 Minit Hadapi Detik Cemas, Anggota Bomba Dilaporkan Lemas Di Sungai Putat

Hal itu termasuklah mengunjungi sungai atau air terjun yang bertujuan untuk mengisi masa lapang serta berkelah sambil menikmati keindahan alam.

Selain daripada kepekaan terhadap prosedur operasi standard (SOP), masyarakat juga diingatkan agar sentiasa menjaga keselamatan diri bagi mengelak perkara tidak diingi berlaku.

Dua lelaki maut selepas cuba selamatkan mak hampir lemas di sungai

Namun, terdapat juga sebuah peristiwa menyayat hati melibatkan aktiviti di sungai apabila dua lelaki terpaksa menemui ajal ketika cuba menyelamatkan maknya.

Menurut Sinar Harian, dua lelaki tersebut yang merupakan anak serta menantu kepada wanita itu lemas di Sungai Air Beruk, Kampung Padang Stang, Perak, semalam.

Mangsa, Abdul Rahman Ramli, 26, dan abang iparnya, Ahmad Asyumuni, 42, ditemui lepas di lokasi kejadian kira-kira jam 3 petang.

Menurut Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood mengenai awal kejadian, mangsa serta ibunya itu turut bersama adik-beradik dan anak saudara untuk mandi di sungai tersebut.

Sumber: Sinar Harian

Tambahnya lagi, ketika mereka sedang seronok melakukan aktiviti itu, ibu mangsa dikatakan hampir lemas sebelum kedua-dua mangsa cuba menyelamatkannya.

Namun, malang tidak berbau apabila mangsa bagaimanapun lemas selepas menyelamatkan wanita itu dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Wanita itu dapat diselamatkan, tetapi kedua-dua mangsa lemas dan disahkan meninggal dunia oleh kakitangan Hospital Gerik di tempat kejadian.

Mangsa yang meninggal dunia dihantar ke Unit Forensik Hospital Gerik untuk bedah siasat.

Zulkifli berkata, ibu mangsa juga turut dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Walaubagaimanapun, beliau juga mengklasifikasikan insiden ini sebagai mati mengejut akibat lemas.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas