Semalam, viral di Twitter video orang awam yang mengerumuni dan memaki anggota polis kerana tak berpuas hati dengan diorang. Katanya, anggota polis tersebut tendang sebuah motosikal sampai accident hanya sebab diorang tak pakai topi keledar. Biar betul?
Kedua-dua remaja yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Tanjong Tokong itu dikatakan cedera parah akibat terjatuh daripada motosikal selepas ditendang pihak polis. Bila dah viral, ramailah netizen yang tak puas hati dengan tindakan anggota polis. Nak tegakkan peraturan pun, mana boleh sampai cederakan orang awam!
Rupa-rupanya, segala dakwaan tersebut adalah palsu dan tidak benar. Mangsa bukannya cedera sebab ditendang polis, tapi sebab berlanggar dengan sebuah kereta waktu larikan diri. Kalau korang tengok video dari dash cam ni pun, jelas tunjuk yang motor tersebut pecut laju untuk larikan diri.
Menurut laporan, awalnya pihak polis telah arahkan diorang untuk berhenti selepas didapati tidak memakai helmet. Namun, diorang berdua bertindak memecut laju dan larikan diri. Waktu dekat traffic light, diorang tak hentikan motosikal dan terlanggar dengan sebuah kereta yang dipandu oleh seorang lelaki.
Pelanggaran itulah yang buat diorang berdua terbabas dan cedera. Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, pemandu kereta itu sendiri sudah tampil dan membuat laporan. Pemandu tersebut tidak cedera, cuma keretanya sahaja kemek di bahagian depan.
“Sehubungan itu, polis menggesa orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat tidak tepat berhubung kejadian sehingga mengelirukan. Siasatan masih diteruskan dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Timur Laut di talian 010-9771517. Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.” – katanya.
Makin banyak pula aduan yang kata anggota polis guna kekerasan pada orang awam. Mungkin dah sampai masa untuk kita pertimbangkan untuk guna teknologi yang lebih canggih supaya lebih senang untuk cari bukti siapa yang bersalah. Contoh macam pakai body cam ke, ye dok?
Kredit: Harian Metro, Twitter
+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media