Connect with us

Oh! Media

Warga Emas Didakwa Cuba Larikan Diri Selepas Scam Orang RM9,000

Oh! Tidak

Warga Emas Didakwa Cuba Larikan Diri Selepas Scam Orang RM9,000

Tular sebuah video di platform X memaparkan seorang warga emas cuba melarikan diri sebaik sahaja didekat dua individu ketika dia sedang makan di sebuah restoran

ADVERTISEMENT

Dua individu datang tuntut RM9,000…

Difahamkan kejadian ini berlaku di Johor Bahru dan dua individu tersebut mendatangi warga emas itu kerana ingin menuntut wang mereka berjumlah RM9,000 yang disyaki ditipunya beberapa bulan lalu berhubung dengan urusan hartanah.

https://twitter.com/arfdy12/status/1752985768405152134
Kredit: Platform X

Dua individu berkenaan mengatakan tak kan melepaskannya jika tidak memulangkan semula wang mereka dan dilihat warga emas tersebut cuma melarikan diri namun gagal selepas berjaya dihalang.

Netizen pertikai dah tua masih tetap nak menipu!

Video yang tular itu meraih perhatian orang ramai dan netizen mempertikaikan tindakan warga emas tersebut kerana sanggup melakukan aktiviti penipuan atau ‘scam’ walaupun sudah lanjut usia.

Malah, netizen juga turut mendakwa bahawa mungkin ini bukan kali pertama warga emas itu melakukan ‘scam’ dan berharap agar mereka yang melakukan penipuan ini segera ditangkap untuk siasatan pihak berkuasa.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas