Connect with us

Oh! Media

“Selesai Makan, Pakai Semula Pelitup Muka” – KJ

COVID-19

“Selesai Makan, Pakai Semula Pelitup Muka” – KJ

Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin (KJ) mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika berada di luar rumah.

ADVERTISEMENT

BACA:“Saya Percaya Kepada Rakyat Malaysia..” – Khairy Jamaluddin

Menerusi satu hantaran di Twitter, Khairy berkata orang ramai diminta memakai semula pelitup muka selesai menikmati hidangan di restoran.

Jelasnya, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati selepas makan, orang ramai bersembang tanpa memakai semula pelitup muka.

Baru satu jam dimuat naik, peringatan tersebut telah mendapat lebih 4,000 retweet dan ratusan komen. Netizen turut meluahkan rasa bimbang apabila ramai yang mengambil ringan mengenai perkara ini.

KJ
KJ
KJ

Tambah netizen, pemakaian semula pelitup muka sekurang-kurangnya dapat mengurangkan risiko jangkitan. Apabila dine-in di restoran, pelanggan haruslah membuka pelitup muka ketika makan sahaja.

Dalam hal ini, setiap orang haruslah memainkan peranan masing-masing. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada merawat.

Kredit: Twitter Khairy Jamaluddin (KJ)

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori COVID-19

30 Hari Paling Trending

To Top