Connect with us

Oh! Media

Penjawat Awam Enggan Ambil Vaksin Turut Boleh Ditamatkan Perkhidmatan

penjawat awam

Trending

Penjawat Awam Enggan Ambil Vaksin Turut Boleh Ditamatkan Perkhidmatan

Korang dah ambil suntikan vaksin Covid-19 belum? Kalau korang bekerja sebagai penjawat awam, ambillah vaksin jika tidak mahu dikenakan sebarang tindakan tatatertib.

ADVERTISEMENT

BACA: “Penjawat Awam Wajib Ambil Vaksin Sebelum 1 November” – JPA

Sebelum ini Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengarahkan semua kakitangan di bawah mereka untuk mengambil suntikan vaksin Covid-19. Pada 18 Oktober pula, JPA menegaskan untuk mengambil tindakan kepada mana-mana penjawat awam yang gagal mengambil vaksin sebelum 1 November 2021.

Bukan hanya dikenakan tindakan tatatertib

Menurut Pekelililing Perkhidmatan Bilangan 4 tahun 2021 yang dikeluarkan JPA, mereka yang gagal mematuhi arahan ketua jabatan turut boleh ditamatkan perkhidmatan.

Mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (PU(A) 395/1993), antara bentuk hukuman tatatertib yang boleh dikenakan kepada pegawai awam yang didapati melakukan kesalahan adalah amaran, denda, dilucut hak emolumen, tangguh pergerakan gaji, turun gaji, turun pangkat atau dibuang kerja.

Mereka yang dikenakan tindakan tatatertib turut boleh hilang kelayakan untuk kenaikan pangkat bagi tempoh tertentu. Contoh amaran yang akan diberikan adalah selama 12 bulan, 18 bulan lucut hak emolumen (24 bulan), tangguh pergerakan gaji (30 bulan), turun gaji (36 bulan) dan turun pangkat (48 bulan).

1.6 peratus penjawat awam masih belum daftar suntikan vaksin

Memetik laporan Sinar Harian, setakat ini masih terdapat 1.6 peratus penjawat awam yang masih belum mendaftar untuk dapatkan sebarang suntikan vaksin. Itu merangkumi seramai 16,902 penjawat awam di seluruh negara.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas