Connect with us

Oh! Media

Belum Lengkap Dua Dos Sudah Rentas Negeri, Dua Lelaki Dikompaun RM2,000!

lengkap dua dos

Trending

Belum Lengkap Dua Dos Sudah Rentas Negeri, Dua Lelaki Dikompaun RM2,000!

Polis di Daerah Jempol telah menahan dua orang lelaki yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan merentas negeri tanpa lengkap dua dos vaksinasi.

ADVERTISEMENT

BACA: Masih Belum Keluarkan Kompaun Buat Individu Belum Vaksin Rentas Negeri

Menerusi laporan Harian Metro, dua lelaki yang berusia 21 dan 31 tahun itu dikompaun RM2,000 kerana telah merentas negeri dari Jengka Pahang ke Felda Pasir Besar, Gemas Negeri Sembilan.

Hanya ambil satu dos vaksin sahaja

lengkap dua dos

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, kedua-dua individu tersebut ditahan di sekatan jalan raya (SJR) di Kilometer 1 Jalan Rompin-Pasir Besar pada jam 12.10 tengah malam tadi.

Pemeriksaan mendapati mereka tidak dilengkapi dua dos vaksin sekali gus gagal mematuhi SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4.

Berikutan itu kompaun dikeluarkan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Chang Hook juga menyatakan dua individu tersebut hanya mengambil satu dos vaksin sahaja sebelum ini.

Jika anda belum lengkap dua dos vaksinasi, janganlah jadi manusia yang tidak bertanggungjawab seperti ini. Pastikan anda telah lengkap dua dos vaksinasi untuk merentas negeri bagi mengelakkan penularan Covid-19 berlaku dengan lebih teruk.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas