Connect with us

Oh! Media

Bas Ekspres Terbakar Di Plaza Tol, 44 Penumpang Berjaya Selamatkan Diri

Trending

Bas Ekspres Terbakar Di Plaza Tol, 44 Penumpang Berjaya Selamatkan Diri

Sebuah bas persiaran membawa seramai 44 penumpang mengalami kebakaran 100 peratus di Plaza Tol UPM, Serdang, pagi Ahad.

ADVERTISEMENT

Memetik laporan Sinar Harian, bas yang dipandu tersebut sedang menghala ke Kuala Lumpur dari Johor Bharu.

Bas terbakar di Plaza Tol

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, kebakaran itu menyebabkan bumbung pondok tol terbakar 10 peratus.

Setakat ini tiada kemalangan jiwa direkodkan kerana kesemua 44 penumpang termasuk pemandu bas berjaya menyelamatkan diri.

Pihak bomba dan penyelamat kini masih menyiasat punca sebenar menyebabkan kebakaran itu.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas