Connect with us

Oh! Media

Bapa Dipenjara Paksa Anak Jangan Gemuk

Trending

Bapa Dipenjara Paksa Anak Jangan Gemuk

Bapa merupakan salah seorang insan yang bertanggungjawab membesarkan kita selain daripada melengkapkan keperluan kepada anak-anak dan isterinya. Tetapi, ada juga wujud bapa yang kejam sehingga mampu memudaratkan anak-anaknya semata-mata ingin kemahuannya dicapai.

ADVERTISEMENT

Itulah yang terjadi di England apabila sebuah kejadian yang mana seorang bapa yang begitu obses dengan kecergasan telah dipenjara selama 30 bulan oleh kerana telah memaksa anak perempuannya untuk menandatangani sebuah perjanjian untuk ‘tidak akan gemuk’.

Memetik laporan Metro, Bapa tersebut yang dikenali sebagai Rachid Khadla, 56, berasal dari Berkshire di tenggara England juga didapati bersalah kerana turut menyerang dan memanipulasi ketiga-tiga anaknya yang bernama Karim, Amira and Hitcham.

Rachid Khadla, 56, didapati bersalah melakukan kekejaman terhadap anak-anaknya

Khadla didapati bersalah oleh hakim, Kirsty Real kerana kesalahan menyerang dan melakukan kekejaman kepada anak-anaknya selain turut menyifatkan perbuatan tertuduh sebagai buli.

Lelaki yang terlalu obses dengan kecergasan itu telah memaksa anak perempuannya iaitu Amira untuk menandatangani dokumen pada tahun 2012 yang tertulis, ‘Saya tidak akan membiarkan diri saya gemuk, saya akan melakukan banyak latihan bagi memastikan saya tidak akan gemuk walaupun saya akan mati’.

Amira bersama adiknya, Hitcham

Pendakwa Raya Alex Krickler turut memaklumkan kepada makhamah bahawa tertuduh juga membaling kerusi kepada Amira ketika dia berusia 9 tahun dan menyebabkan mangsa mengalami kecederaan pada telinga sehingga memerlukan rawatan dan pembedahan.

Sementara itu, anak sulungnya iaitu Karim juga turut menceritakan kekejaman ayahnya yang mana tertuduh pernah meninju kepalanya sehingga dia tidak sedarkan diri ketika dia masih kecil selain turut pernah mencekik adiknya, Hitcham sehingga hampir pitam.

Ketiga-tiga anak tertuduh juga sering didera secara fizikal oleh bapanya menggunakan kayu serta mengawal semua aktiviti mereka termasuklah mengakses internet, penggunaan telefon bimbit dan lain-lain.

Kredit: Harian Metro, Metro.co.uk

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas