Connect with us
Bapa Baby Syifa

Oh! Tidak

Bapa Baby Syifa Mengaku Tak Bersalah Guna Wang RM67,000

Sebelum ini kami melaporkan bapa kepada Baby Syifa yang meninggal dunia di pusat asuhan pada tahun 2022 telah ditahan polis susulan kes penipuan dalam urusan yuran guaman.

BACAPolis Tahan Bapa Baby Syifa, Didakwa Seleweng Urusan Yuran Guaman

IKLAN

Terkini! Menurut laporan Harian Metro, bapa Baby Syifaa mengaku tidak bersalah guna wang berjumlah RM67,000 milik seorang wanita pada tahun lepas di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini.

Saya mengaku tidak bersalah. 

Pengakuan itu dibuat selepas pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Majistret Illi Marisqa Khalizan.

Untuk info, bapa kepada Baby Syifa ini didakwa menyalahguna harta iaitu wang berjumlah RM67,000 milik seorang wanita di sebuah premis di Wangsa Maju pada 20 Julai hingga 12 Oktober tahun lepas.

Pempengaruh media sosial itu didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan. Jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara antara enam bulan hingga lima tahun, sebatan dan denda.

Tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin. Walau bagaimanapun, peguam yang mewakili tertuduh, Gaithri Thomas merayu agar jumlah itu dikurangkan kerana anak guamnya itu tiada pendapatan tetap dan perlu menyara seorang anak perempuan yang masih bersekolah.

Permohonan itu diterima di mana tertuduh diberikan ikat jamin sebanyak RM6,000 dan sebutan semua kes ditetapkan pada 26 Ogos nanti.

Bapa Baby Syifa

Jap!


Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas