Connect with us

Oh! Media

Ada ‘Tracking System’, Annuar Musa Tegaskan Mahasiswa Jual Balik Tablet Akan Diambil Tindakan

Trending

Ada ‘Tracking System’, Annuar Musa Tegaskan Mahasiswa Jual Balik Tablet Akan Diambil Tindakan

Tular di media sosial apabila seorang penuntut universiti awam bertindak menguar-uarkan mahu menjual perantiSiswa yang diterimanya semata-mata ingin membeli model lain yang jauh lebih canggih.

ADVERTISEMENT

BACA: Pelajar Dikecam Jual Tablet Peranti Siswa Semata Nak Beli Model Lain

Perkara itu telah mendatangkan marah dalam kalangan ramai pihak yang tidak bersetuju dengan tindakan pelajar itu yang dianggap tidak menghargai pemberian daripada pihak kerajaan.

Tablet ada sistem ‘tracking’, pelajar akan dikenakan tindakan tegas

Isu yang tular ini juga mendapat perhatian Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa yang memaklumkan bahawa Tablet PerantiSiswa yang diberikan tersebut mempunyai aplikasi sistem pengesan yang berupaya untuk mengesan lokasi peranti berkenaan.

Jelas Annuar, pihaknya dapat mengetahui sama ada ia diguna oleh penerima peranti tersebut atau tidak dengan adanya sistem pengesan itu.

Ini adalah satu tindakan yang tidak wajar dan kementerian selaku agensi pelaksana memandang serius perkara ini.

Saya ingin memaklumkan peranti ini sewaktu ditempah telah mempunyai aplikasi tertentu dibina termasuk tracking system dan kita boleh tahu peranti itu berada di mana sama ada di kampus atau dengan pihak lain yang tidak sepatutnya.

Yang kedua, mahasiwa yang memohon telah membuat aku janji mereka layak dan akan menggunakan sendiri, menjual bermakna telah melanggar aku janji tersebut.

Tambah Ahli Parlimen Ketereh itu lagi, Kementerian Komunikasi dan Multimedia mempunyai keupayaan untuk mengesan siapakah mahasiswa yang menjual peranti tersebut.

Mereka-mereka yang mengambil tindakan sedemikian yakni menjual ada langkah-langkah tertentu yang boleh kita ambil.

Antara tindakan yang boleh diambil adalah memaparkan nama-nama mereka kepada umum sama ada di portal PerantiSiswa dan juga memaklumkan kepada universiti yang berkenaan.

Sehingga hari ini, pihak kementerian mendapati terdapat 14 kes membabitkan penerima dikesan cuba menjual tablet itu, dan ada peranti yang telah disekat penggunaannya.

Kredit: Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas