Connect with us

Oh! Media

‘Abang Blazer Merah’ Mengaku Bersalah Pukul Rider, Dijatuhkan Hukuman Denda RM2,000

Ohmedia  Abang Blazer Merah

Oh! Tidak

‘Abang Blazer Merah’ Mengaku Bersalah Pukul Rider, Dijatuhkan Hukuman Denda RM2,000

Sebelum ini, pernah kecoh dengan satu video yang memaparkan seorang rider separuh mati dikerjakan seorang lelaki berbadan besar di Menara IQ, Lingkaran TRX, Tun Razak Exchange.

Menerusi video itu, lelaki berkenaan bertindak ganas kepada rider tersebut atas alasan mempunyai loghat yang kedengaran sedikit berbeza dari bahasa Melayu.

BACA: Separuh Mati Rider Dikerjakan! Netizen Mohon Polis Angkut ‘Security’ Blazer Merah

IKLAN

Terbaharu, lelaki berbadan besar yang digelar ‘Abang Blazer Merah’ itu telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

Difahamkan, hukuman denda itu dijatuhkan oleh Majistret, Illi Marisqa Khalizan ke atas orang kena saman (OKS) iaitu Muhammad Nazrul Hairie Harmi selepas dia mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut terhadap Muhammad Samier Ibruhem dengan menggunakan kaki dan tangan.

Malah, suspek telah didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.

Abang Blazer Merah

Dalam pada itu, Nazrul memilih untuk membayar denda selepas mahkamah memerintahkannya dipenjara empat bulan sekiranya gagal untuk berbuat demikian.

Menurut, Zuhairi Osman selaku Timbalan Pendakwa Raya memohon pihak mahkamah untuk menjatuhkan hukuman yang setimpal buat suspek sebagai tanda pengajaran.

Tambahan, peguam Rhastdan Abdul Wahab memohon denda minimum atas alasan anak guamnya tidak mempunyai rekod kesalahan lampau selain penanggung utama keluarga.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas