Connect with us

Oh! Media

Separuh Mati Rider Dikerjakan! Netizen Mohon Polis Angkut ‘Security’ Blazer Merah

rider blazer merah

Trending

Separuh Mati Rider Dikerjakan! Netizen Mohon Polis Angkut ‘Security’ Blazer Merah

Netizen meluahkan rasa marah selepas tular video memaparkan seorang rider separuh mati dikerjakan seorang lelaki berbadan besar.

ADVERTISEMENT

Menerusi rakaman tersebut, lelaki yang memakai blazer merah dilihat menjatuhkan badan rider ke lantai dan tangannya dilipat untuk ‘lock’ pergerakan.

BACA: Individu Maki ‘Security’ Ditahan, Rupanya Ada Pelbagai Kesalahan Jenayah?

Bahagian lehernya pula ditekan menyebabkan rider sukar untuk bernafas. Meskipun perakam merayu supaya rider dilepaskan, ‘security’ blazer merah itu masih berdegil.

Difahamkan, kejadian itu berpunca daripada rider yang dilarang memasuki premis bangunan oleh pengawal keselamatan.

Tetapi, pelanggan wanita bertegas mahu rider masuk menyebabkan berlaku pergaduhan di antara pengawal dan rider.

Pengawal keselamatan warga asing itu kemudiannya memanggil individu lain untuk bantuan menyebabkan situasi semakin tegang

Dalam video, kedengaran perakam memarahi lelaki yang bertindak kasar terhadap rider sedangkan rider langsung tidak melawan.

Perakam juga mahu bertanggungjawab jika kemasukan rider ke premis itu adalah satu kesalahan. Tetapi tak patutlah lelaki blazer merah tu gunakan kekerasan, sampai separuh nyawa dikerjakan.

Lapor mStar, Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Superitendan Nazron Abd Yusof mengesahkan menerima laporan dan kertas siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan telah dibuka.

Di ruangan komen, netizen memohon rider mengambil tindakan undang-undang dan menuntut keadilan di atas kekerasan yang berlaku.

blazer merah
blazer merah
rider

Semoga dipermudahkan segala urusan.

Kredit: mStar | Malaysia Most Viral

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas