Connect with us

Oh! Media

Tersenarai Dalam 16 Individu Tak Miliki Tauliah Mengajar, Ustaz Kazim Elias Dilarang Beri Ceramah Di Pulau Pinang

Trending

Tersenarai Dalam 16 Individu Tak Miliki Tauliah Mengajar, Ustaz Kazim Elias Dilarang Beri Ceramah Di Pulau Pinang

Penceramah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias diumumkan tidak boleh memberikan ceramah di Pulau Pinang selepas dia termasuk dalam senarai nama 16 individu yang tidak mempunyai tauliah mengajar oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).

ADVERTISEMENT

BACA: Penjelasan Ustaz Kazim Elias Isu Caj Puluhan Ribu Untuk Ceramah

Memetik laporan daripada Harian Metro, turut tersenarai adalah Datuk Ahmad Husam Baderudin, Ahmad Dusuki Abdul Rani, Yusni Mat Piah, Dr Abdullah Yassin, Prof Madya Dr Muhamad Rozaimi Ramle, Salman Ali, Maulana Fakhrurrazi, Mohd Rizal Azizan dan Halim Hassan.

Antara yang tersenarai tidak memiliki tauliah mengajar MAINPP

Dalam pada itu, Yang Dipertua MAINPP, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman berkata pekeliling yang dikeluarkan itu sekaligus menghalang pihak penganjur daripada menjemput individu-individu berkenaan untuk menyampaikan ceramah, khutbah atau majlis ilmu.

Menurutnya, pematuhan peraturan itu termaktub ke atas sebarang jemputan seperti ceramah, seminar, syarahan, khutbah di masjid dan surau dan institusi di seluruh Pulau Pinang selepas mereka didapati tiada tauliah mengajar yang dikeluarkan MAINPP.

Pihak pentadbiran menerima aduan daripada orang awam dan mendapati bahawa 16 penama itu tidak memiliki tauliah mengajar daripada MAINPP.

Tujuan larangan ini dikuatkuasakan bertujuan memastikan kesemua penceramah menghormati dan mematuhi kehendak perundangan syariah berhubung pentauliahan.

Ia bertujuan memastikan penceramah selayaknya menyampaikan ilmu menyatupadukan dan tidak menimbulkan kekeliruan dan perselisihan pandangan yang boleh menjejaskan keharmonian sesama masjid dan ahli kariah.

Sekiranya individu yang tersenarai mematuhi larangan tersebut, mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 11 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang (EKJSNPP) 1996 dan Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Manakala penganjur pula boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas