Connect with us

Oh! Media

Tak Akan Berlaku Godaman Maklumat Kalau Tekan Status WhatsApp Pagi Tadi

Oh! Tech

Tak Akan Berlaku Godaman Maklumat Kalau Tekan Status WhatsApp Pagi Tadi

Pagi tadi agak kecoh bila pengguna aplikasi WhatsApp menerima status dari WhattsApp dan ramai mengatakan ia adalah tektik terbaru scammer yang akan mengambil data pribadi kita dan mencuri duit kita. Ini tidak benar sama sekali!

ADVERTISEMENT

Kekecohan ini berpunca dari seorang pengguna Facebook Amad Ewan yang mendakwa sekiranya kita menekan status WhatsApp terbabit, data pribadi dan akaun bank kita akan digodam.

Tak cukup dengan itu, Amad Ewan juga cuba meletakkan video dari TV3 sebagai bukti dakwaannya betul-betul berlaku.

Tidak perlu panik!

Apa yang kita lihat di status WhatsApp pagi tadi bukan dari scammer seperti yang didakwa tetapi ia hanyalah pengumuman terdapat perubahan polisi penggunaan untuk pengguna mereka.

Pihak WhatsApp juga memberikan jaminan keselamatan data dan privasi menjadi komitmen utama mereka.

Pihak WhatsApp juga memberi jaminan yang mereka tidak boleh membaca sebarang mesej kita bersama pihak lain di dalam aplikasi ini seperti yang tersebar.

Sebenarnya kita perlu berhati-hati dengan pihak yang cuba menyamar sebagai ahli keluarga kita atau pihak WhatsApp dan meminta kita untuk kongsikan 6 kod yang diterima kita.

Mereka juga akan meminta kita untuk ketik pautan yang disediakan dan PERINGATAN! JANGAN KETIK ATAU KONGSIKAN SEBARANG KOD kepada pihak tidak dikenali. Contoh mesej seperti di bawah.

Bawah ni ada teknik-teknik penipuan digunakan Scammer dalam aplikasi WhatsApp yang dibincangkan dalam Malaysia Hari Ini.

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tech

30 Hari Paling Trending

To Top