Connect with us

Oh! Media

Zaid Ibrahim Cadang Ku Li Sebagai PM Interim

Oh! Negara

Zaid Ibrahim Cadang Ku Li Sebagai PM Interim

Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah atau lebih dikenali Ku Li menjadi trending apabila bekas Menteri Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Zaid Ibrahim mencadangkan supaya Ahli Parlimen Gua Musang itu dilantik sebagai Perdana Menteri Interim.

ADVERTISEMENT

Zaid berkata demikian di laman sosial Twitter beliau menerusi ciapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Billah memanggil beberapa pemimpin politik menghadap secara berasingan untuk membincangkan situasi semasa negara.

Menurut Zaid, walaupun perbincangan Yang di-Pertuan Agong itu tertumpu kepada proklamasi darurat, namun negara memerlukan seorang Perdana Menteri Interim bagi menerajui negara buat sementara waktu.

Menurut laporan Sinar Harian, sehingga jam 1.30 petang Rabu, nama Ku Li terus trending sehingga 1,486 ulang ciap dan terus meningkat, manakala ciapan Mohd Zaid mendapat lebih 258 tanda suka serta 250 ulang ciap daripada netizen.

Ada segelintir netizen meluahkan pandangan masing-masing terhadap cadangan ini, ada yang bersetuju dan ada juga yang tidak bersetuju.

Bagaimanapun, sehingga kini Tan Sri Muhyiddin Yassin masih menerajui kepimpinan negara dan ura-ura mengatakan bahawa beliau akan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Pada pagi Rabu, Muhyiddin dilaporkan menghadap Al-Sultan Abdullah selama satu jam di Istana Negara untuk membincangkan mesyuarat Pra-Kabinet.

Manakala Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula mengesahkan beliau telah mengemukakan rayuan penamatan proklamasi darurat kepada Yang di-Pertuan Agong pada pertemuan di Istana Negara dan bukannya pertukaran kerajaan.

Menurut Anwar, masyarakat harus tahu bahawa Al-Sultan Abdullah begitu arif mengenai perkembangan semasa yang turut diperoleh menerusi pandangan pakar lain.

Kredit : SinarHarian

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas