Connect with us

Oh! Media

(VIDEO) Terima Pendapat Pembangkang, Sikap Tenang Khairy Jamaluddin Raih Pujian Netizen

Oh! Negara

(VIDEO) Terima Pendapat Pembangkang, Sikap Tenang Khairy Jamaluddin Raih Pujian Netizen

Baru-baru ini, berlaku Sidang Parlimen melibatkan perbincangan daripada Khairy Jamaluddin dengan blok pembangkang bagi membincangkan isu yang hangat berlaku.

ADVERTISEMENT

BACA: ‘Menteri Ramai Lihat Jam Berkali-Kali’ – Ahli Parlimen Minta Salinan Penerangan Dr Adham?

Sudah semestinya rakyat mengharapkan agar para menteri mampu menyelesaikan masalah yang terjadi dengan perbincangan sewaktu sidang Parlimen itu.

Namun, akhir-akhir ini, netizen mempertikaikan sidang tersebut selalu berlaku pertengkaran dan perbalahan semasa membincangkan isu-isu hangat.

Sifat Tolak ansur

Disebalik ketegangan antara pembangkang dan kerajaan, terdapat juga sedikit sifat tolak ansur kerajaan yang menjawab tenang kenyataan daripada blok pembangkang.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Khairy Jamaluddin telah mendapat pujian daripada bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

 Sidang Parlimen Dewan Rakyat apabila

Hal itu kerana, Khairy dengan tenang menjawab persoalan daripada blok pembangkang selain turut bersetuju dengan pendapat mereka tanpa menimbulkan perbalahan.

Isu pendaftaran Zurex Pharma

Menerusi video yang dikongsikan oleh Astro Awani di laman Twitternya, KJ telah ditanya soal perkara yang menjejaskan pendaftaran Zurex Pharma untuk Moderna.

Namun, Khairy yang tenang menjawab, bersetuju dengan persoalan itu selain turut menjawab perkara itu akan didaftarkan secepat mungkin.

Dr Zul pantas memuji tindakan Khairy yang bersetuju dengan pendapat Ahli Parlimen Kuala Selangor berkenaan isu vaksinasi yang berlaku itu.

Excellent Menteri

Mungkin boleh jalankan kerjasama

Selain itu, beliau juga memaklumkan kerjasama yang boleh dibuat bagi menangani isu melibatkan vaksinasi di Malaysia dengan supaya lebih teratur.

Menerusi ruangan komen pada hantaran itu, rata-rata netizen telah memberikan pujian terhadap sikap tenang mereka yang bersetuju dengan pendapat masing-masing.

komen netizen tentang sikap tenang KJ
Komen netizen tentang sikap tenang kj

Netizen juga turut berharap agar ahli parlimen dapat bekerjasama dalam sebarang isu kritikal lagi-lagi yang membabitkan rakyat supaya dapat diselesaikan dengan cara yang mudah.

Kerjasama yang dijalankan sedikit sebanyak mampu melegakan hati rakyat selain turut membantu dalam menyelesaikan masalah dengan lebih cekap.

Video yang dikongsikan di lama Twitter itu kini telah mencapai lebih 178,000 jumlah tontonan serta 4000 tweet semula melibatkan video yang tular itu.

Kredit: Twitter Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas