Connect with us

Oh! Media

“Tolong Pakai Pelitup Muka” – Khairy Jamaluddin Tegur Ahli Politik

Oh! Negara

“Tolong Pakai Pelitup Muka” – Khairy Jamaluddin Tegur Ahli Politik

Ketika musim pandemik ini, Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin (KJ) telah berkali-kali mengingatkan agar orang ramai terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika berada di luar rumah.

ADVERTISEMENT

BACA: “Selesai Makan, Pakai Semula Pelitup Muka” – KJ

Hal itu termasuklah pemakaian pelitup muka yang gemar di pandang ringan oleh sesetengah individu sehingga mengabaikan saranan kerajaan itu.

Sebelum ini juga, beliau telah memuat naik satu ciapan di laman Twitter yang meminta orang ramai agar memakai semula mask selepas selesai makan di restoran.

Hal itu selepas pihaknya mendapati orang ramai masih bersembang tanpa pelitup muka usai makan. Oleh itu, beliau berharap supaya masyarakat mengubah habit tersebut.

Khairy Jamaluddin ingatkan ahli politik pakai pelitup muka

Selain situasi di kedai makan, KJ juga turut mengingatkan agar semua pihak terutamanya yang terlibat sebagai ahli politik agar memakai pelitup muka.

Perkara itu dinyatakan beliau menerusi sebuah hantarannya di InstaStory selepas melihat ramai dalam kalangan ahli politik tidak mengenakan ia ketika sedang bermesyuarat.

Selain itu, KJ juga mengakui bahawa terdapat ramai antara mereka yang mungkin mempunyai penyakit dan akan terjadi kesan yang buruk jika mereka dijangkiti virus tersebut.

Ramai ahli politik yang mempunyai diabetes, hipertensi dan berkemungkinan obesiti. Ia tidak menyeronokkan sekiranya anda dijangkiti Covid-19 walaupun telah menerima vaksin.

Selain itu, beliau juga mengambil contoh seperti United Kingdom yang mana negara itu sedang dilanda jangkitan yang teruk oleh kerana keengganan masyarakat mereka memakai pelitup muka.

United Kingdom sedang berhadapan dengan gelombang pendemik, yang mana antara sebabnya adalah keengganan mereka untuk memakai pelitup muka.

Oleh itu, Khairy akan mengingatkan perkara ini berkali-kali agar kita dapat mengekang penularan yang lebih teruk dan membebaskan negara kita dari sebarang jangkitan.

Kredit: Instagram Khairy Jamaluddin I Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas