Connect with us

Oh! Media

Syed Saddiq Nafi Dakwaan Muda Guna Sumbangan Banjir Beli Arak

Oh! Negara

Syed Saddiq Nafi Dakwaan Muda Guna Sumbangan Banjir Beli Arak

Tular di media sosial foto beberapa individu memakai baju MUDA sedang menikmati minuman beralkohol. Foto tersebut telah mengundang pelbagai spekulasi negatif daripada orang ramai.

ADVERTISEMENT

Ada yang mempersoalkan adakah mereka menggunakan duit sumbangan banjir untuk membeli minuman tersebut.

BACA: “Angkara Politik Rakyat Jadi Mangsa” – TMJ Respon Isu Syed Saddiq Minta Bantuan Ikat Jamin

Tidak hanya berdiam diri, Presiden parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, tuduhan yang dilemparkan itu tidak masuk akal sama sekali.

Ini tuduhan paling tak masuk akal. MUDA is an open book. Semua sumbangan 100% disalurkan kepada mangsa banjir.

Katanya, 100 peratus wang sumbangan disalurkan hanya kepada mangsa banjir. Malah, dia sendiri sudah membuat sidang media menunjukkan semua resit transaksi Mari Bantu.

Tentang sindiran ‘minum arak’, Syed Saddiq berkata Muda terdiri daripada parti berbilang bangsa dan agama. Selagi apa yang dibuat tidak melanggar lunas undang-undang, dia merasakan itu adalah hak peribadi mereka.

Parti ini, parti berbilang kaum. Bukan kesalahan untuk mereka minum lainlah kalau mereka memandu.

Kita hormat hak mereka & mereka hormat hak kita. Ini hak peribadi mereka.

Kata beliau lagi, taktik menularkan isu sebegini dianggap lapuk dan terdesak. Syed Saddiq menyeru jika ada isu yang perlu ditularkan, kemukakan isu salah laku dan curi wang rakyat.

Perkongsian penuh:

Kredit: Facebook Syed Saddiq

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas