Connect with us

Oh! Media

“Angkara Politik Rakyat Jadi Mangsa” – TMJ Respon Isu Syed Saddiq Minta Bantuan Ikat Jamin

Trending

“Angkara Politik Rakyat Jadi Mangsa” – TMJ Respon Isu Syed Saddiq Minta Bantuan Ikat Jamin

Sebelum ini, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah hadir ke Mahkmah Seksyen Rasuah di Kuala Lumpur bagi pertuduhan penyeleweng serta menyalahgunakan wang sumbang kempen Pilihan Raya Umum ke-14, semalam.

ADVERTISEMENT

BACA: Syed Saddiq Didakwa Atas Dua Pertuduhan, Mengaku Tidak Bersalah

Syed Saddiq bagaimanapun telah dibenarkan untuk diikat jamin bagi kedua-dua pertuduhan itu selain turut diarahkan untuk melapor diri ke pejabat SPRM setiap bulan dan sebutan semula kes akan ditetapkan pada 10 September depan.

Namun pada hari yang sama, bekas menteri Belia dan Sukan itu itu tampil menerusi siaran langsung (Live) di Facebook dan Instagram miliknya bagi menerangkan segala tuduhan yang dilemparkan terhadap dirinya dan memberitahu kebenaran di sebalik kejadian yang berlaku.

Syed Saddiq mohon bantuan ikat jamin dari rakyat
Tangkap layar melalui hantaran live story di Instagram milik Syed Saddiq yang memohon bantuan daripada rakyat (Sumber: Instagram Syed Saddiq)

Berani kerana benar. Nak lawan saya lawan. Saya terus terang dan cerita semua tentang tuduhan terhadap saya.

Boleh bantu saya lawan kerajaan Perikatan Nasional.

Menerusi rakaman live tersebut, Syed Saddiq juga turut memohon sumbangan orang ramai bagi membantunya melunaskan wang ikat jamin berjumlah RM330,000.

Namun yang menjadi tumpuan ketika ini adalah komen yang dibuat oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada posting yang dibuat Mstar di Instagram miliknya berkaitan sumbangan yang diminta Syed Saddiq kepada rakyat.

Drama Queen. Kesian rakyat yang menjadi mangsa permainan politik. Berlakon dan menipu rakyat semata-mata nak undi dan kuasa.

Hampir semua tak boleh percaya. Semoga Allah peliharakan rakyat dan negara.

Setakat ini, komen yang dibuat TMJ itu telah mencapai lebih daripada 6000 lebih tanda suka selain ramai netizen turut meninggalkan komen bagi memberi pandapat masing-masing berkenaan hantaran Syed Saddiq itu.

Di laman Instagram milik TMJ pula, baginda telah memuat naik pada story IG berkenaan yang menyeru kepada Raja-Raja Melayu supaya memainkan peranan, bersuara dan menggunakan kuasa demi menjaga kebajikan rakyat serta kestabilan negara ini.

TMJ balas isu Syed Saddiq

Selain itu, baginda juga turut berkata bahawa negara akan hancur jika semua pihak dalam sistem pentadbiran hanya memikirkan kepentingan peribadi semata-mata. Baginda juga berharap agar semua pihak menjalankan tanggungjawab masing-masing bagi memulihkan kestabilan negara ini.

Kredit: Mstar I Intagram Syed Saddiq I Instagram hrhcrownprinceofjohor

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas