Connect with us

Oh! Media

“Sebagai Manusia Biasa, Patik Tak Terlepas Dari Membuat Kesilapan” – Syed Saddiq

Oh! Negara

“Sebagai Manusia Biasa, Patik Tak Terlepas Dari Membuat Kesilapan” – Syed Saddiq

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq ada lancarkan satu challenge buat netizen iaitu #BotakChallenge. Kalau beliau dapat kumpul dana sebanyak RM200,000 dalam masa 5 hari bagi membeli laptop untuk mahasiswa di Muar, YB nak botakkan kepala. Aiyo!

ADVERTISEMENT
https://twitter.com/SyedSaddiq/status/1342729315704659970

YB adakan #BotakChallenge ini untuk meneruskan program 1 Keluarga 1 Laptop yang beliau pernah jalankan sewaktu jadi kerajaan dulu. Sekarang bila dana dah ditarik, YB kenalah cari inisiatif lain. So, ini boleh kata antara cara kreatif YB untuk tarik orang ramai ikut sama menyumbang.

Tak lama kemudian, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim ada pula upload satu status di IgStory miliknya. Dalam status tersebut, baginda ada share gambar cek pemberian baginda pada anak-anak Muar bernilai RM300,000. Tapi yang tarik perhatian netizen adalah caption yang disertakan baginda dalam status tersebut. Hm, macam perli seseorang je?

Walaupun tak mention secara direct, tapi netizen pun rasanya dah dapat agak untuk siapa, kan? Syed Saddiq pun faham-faham sendiri yang status tersebut ditujukan buatnya. Tak payah tunggu lama, Syed Saddiq terus upload video baru di Twitter pulak.

Dalam video itu, YB telah menjunjung kasih pada TMJ atas sumbangan tersebut. Beliau juga sempat memohon maaf kepada TMJ sekiranya ada membuat baginda tersinggung.

“Patik menjunjung kasih kepada Tunku kerana sudi menyumbangkan RM300,000 kepada anak-anak Muar. Patik dan orang Muar terhutang budi pada jasa baik Tunku.”

“Sebagai manusia biasa, patik tak terlepas dari membuat kesilapan, patik ambil kesempatan untuk memohon ampun sekiranya jika ada tersinggung perasaan Tunku dan keluarga.” – katanya.

Syed Saddiq juga sempat titipkan ucapan terima kasih pada TMJ sebab telah bantu realisasikan urusan pembinaan Tunku Ismail Youth Centre di Muar. Kata YB, dengan perkenan dari Sultan Johor dan TMJ lah, urusan tanah dan proses kelulusan dapat diperoleh dengan kerjasama Perdana Menteri dan Menteri Besar Johor.

“Sebagai anak jati kelahiran Johor, membesar di Johor dan bersekolah di Johor, patik terhutang budi kepada Tunku dan keluarga.” – tambahnya.

Respect pada Syed Saddiq sebab terus act professional dan tak cepat melatah. Harapnya kalau ada sebarang salah faham antara Syed Saddiq dan juga baginda TMJ, dapatlah diselesaikan dengan baik. Bukan apa, rakyat pun tak suka sangat tengok kalau satu pihak memerli pihak yang lain.

Kredit: Instagram TMJ, Twitter Syed Saddiq

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas