Connect with us

Oh! Media

Malaysia Akhirnya Terima Timbalan Perdana Menteri Baharu

Oh! Negara

Malaysia Akhirnya Terima Timbalan Perdana Menteri Baharu

Terikini! Baru sahaja sebentar tadi Pejabat Perdana Menteri mengumumkan pelantikan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

ADVERTISEMENT

Malaysia akhirnya menerima Timbalan Perdana Menteri baharu dan ia berkuat kuasa serta merta.

Dalam pada itu, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein juga dilantik sebagai Menteri Kanan Luar Negeri dan akan mengetuai Kluster Keselamatan yang sebelum ini diketuai Ismail Sabri.

Di samping itu, YAB Perdana Menteri bersetuju supaya Hishammuddin membantu beliau dalam pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara.

Kedua-dua pelantikan ini telah disembah maklum kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan berkuatkuasa serta-merta.

Adalah diharapkan pelantikan ini akan meningkatkan lagi keupayaan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) khususnya dalam menghadapi pandemik Covid-19, memperkuatkan perpaduan dalam kalangan partiparti yang membentuk kerajaan dan memperkukuhkan Kerajaaan PN dengan tadbir urus yang telus, bebas rasuah dan berintegriti. – Tulis kenyataan Pejabat Perdana Menteri.

Pelantikan ini juga dilihat perlu bagi membantu Perdana Menteri menguruskan pentadbiran negara. Ismail Sabri bagaimanapun, masih memegang portfolio sebagai Menteri Pertahanan.

Kredit: Jabatan Perdana Menteri

+ Baca respon pembaca yang di Facebook Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas