Connect with us

Oh! Media

Kit Siang Tarik Balik Kenyataan Dan Mohon Maaf Isu “Kerajaan Allah”

Oh! Negara

Kit Siang Tarik Balik Kenyataan Dan Mohon Maaf Isu “Kerajaan Allah”

Penasihat DAP, Lim Kit Siang membuat permohonan maaf selepas mempersoalkan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkenaan ujian Covid-19 dan hanya kerajaan Allah boleh menyelesaikannya.

ADVERTISEMENT

“Saya tarik balik dan memohon maaf atas kenyataan bahawa ‘kerajaan Allah’ sahaja yang boleh menyelamatkan kita daripada Covid-19”.

Isu ini tular apabila Kit Siang mempersoalkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Hadi Awang di laman Facebook beliau.

Menurut laporan Utusan Malaysia, beliau tersalah anggap bahawa ‘Allah’s government’ yang disebut oleh Abdul Hadi merujuk kepada Kerajaan Islam, termasuk Kerajaan Perikatan Nasional yang sering mendakwa mereka adalah ‘Kerajaan Melayu-Islam’.

Beliau mempersoalkan kenyataan tersebut kerana menyangka Hadi Awang berkata hanya sebuah kerajaan Islam dapat menangani Covid-19.

Jelasnya, beliau tidak berniat untuk menyinggung mana-mana agama atau kepercayaan, terutamanya agama Islam dan hanya memberi respon kepada kenyataan yang ditulis oleh Hadi Awang.

Tambah Kit Siang, prestasi buruk negara Malaysia dalam menangani wabak Covid-19 adalah disebabkan oleh Pas.

Kit Siang berkata demikian selepas merujuk kepada laporan Bloomberg berkaitan Malaysia dilaporkan berada pada kedudukan ke-51 daripada 53 negara dalam carta ketahanan Covid-19 di dunia.

Senarai itu dikeluarkan oleh Bloomberg berdasarkan prestasi pengawalan Covid-19, kesediaan pemulihan ekonomi dan kesejahteraan hidup bagi 53 negara ekonomi paling besar.

Menurut laporan Bloomberg, Malaysia berada pada carta ketiga terbawah bagi tahap ketahanan Covid-19 di dunia dengan skor sebanyak 46.6.

Bagi skor yang lain pula, Malaysia mencatatkan 10.8 peratus bagi kadar vaksinasi Covid-19 manakala memperoleh skor 65 bagi pelaksanaan perintah berkurung.

Kredit : UtusanMalaysia

+ Baca respon pembaca di Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas