Connect with us

Oh! Media

Lagi Kes Ambil Dadah, Kali Ini ADUN Perak Pula Didakwa Di Mahkamah

adun perak

Oh! Negara

Lagi Kes Ambil Dadah, Kali Ini ADUN Perak Pula Didakwa Di Mahkamah

Semakin menjadi-jadi pula kes salah guna dadah sekarang ni tapi baguslah sebab kalau dulu tak terbongkar, sekarang terbongkar. Kali ini ia melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak, V.R.Terence Naidu pula dan telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret.

ADVERTISEMENT

Naidu didakwa mengambil dadah jenis 3,4 – methylenedioxmethamphetamine dan didapati mengambil dadah di dalam sebuan di sebuah pusat hiburan di Perai, Butterworth.

Tertuduh bagaimanapaun mengaku tidak bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan mengikut Sesyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah akta sama.

Jika didapati bersalah, Naidu akan didenda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun. Selepas dibebakan nanti, dia akan diawasi pula tidak kurang 2 tahun atau tidak lebih 3 tahun mengikut tetapan mahkamah.

ADUN Pasir Berdamar ini diwakili peguam Ramkarpal Singh dan RSN Rayer memohon jaminan minimum atas alasan tertuduh memberikan kerjasama sepanjang proses siasatan.

Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 Mei sebagai sebutan semula kes.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas