
Oh! Politik
Keluarkan MOU, Muhyiddin Anggap Anwar Tidak Yakin Dengan Sokongan Majoriti
Oleh
Hangat di media sosial mengenai perjanjian permuafakatan kerjasama (MOU) antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama parti yang terlibat dalam membentuk kerajaan perpaduan.
BACA: Permulaan Pemerintahan Diktator, Mas Ermieyati Bantah MOU Anwar Ibrahim
Pengerusi parti Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menganggap bahawa MOU yang diperkenalkan itu seolah-olah Anwar tidak yakin dengan sokongan majoriti kepadanya.
Tak yakin

Menurut Muhyiddin, klausa terdapat dalam MOU yang meminta ahli Parlimen mengosongkan kerusi mereka jika tidak menyokong usul Perdana Menteri dianggap tidak relevan.
Perjanjian yang tidak berperlembagaan ini menunjukkan seolah-olahnya perdana menteri tidak yakin beliau akan mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat. Sekiranya beliau yakin, maka tidak perlulah beliau mengambil tindakan yang tidak berperlembagaan ini.
Muhyiddin juga menambah sekiranya persefahaman yang berunsur diktator adalah sah, maka tidak mustahil pindaan perlembagaan yang bertentang dengan nilai masyarakat akan diluluskan secara paksa.
Kredit: MalaysiaKini
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media
