Connect with us

Oh! Media

“Anwar Memang Ada Hantar Mesej, Tapi GPS Sokong Muhyiddin” – Abang Jo

Oh! Negara

“Anwar Memang Ada Hantar Mesej, Tapi GPS Sokong Muhyiddin” – Abang Jo

Kecoh di media sosial selepas Parti Perikatan Nasional (PN) mendakwa mereka kini sudah mempunyai majoriti yang cukup untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.

ADVERTISEMENT

BACA: Perikatan Nasional Dakwa Sudah Ada Majoriti Bina Kerajaan Persekutuan Dengan Parti Gabungan

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Presiden Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Yong Teck Lee yang mendakwa PN telahpun mendapat majoriti selepas bergabung dengan Barisan Nasional.

GPS dedah sokong Muhyiddin sebagai PM

Terbaru, Gabungan Parti Sarawak (GPS) pula menyatakan bahawa mereka memberi sokongan terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjadi Perdana Menteri ke-10 sekali gus membentuk kerajaan persekutuan antara empat perikatan termasuk Barisan Nasional (BN) serta Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Perkara itu disahkan sendiri oleh Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam satu sidang media dibuatnya.

Perdana Menteri akan diputuskan oleh Yang di-Pertuan Agong siapa yang mendapat majoriti. GPS sokong Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam pada itu, beliau yang lebih mesra dipanggil Abang Jo itu juga mengesahkan bahawa Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim ada menghubunginya.

Semua orang mahu jumpa saya, jujur saya beritahu kamu.

Tak ada jumpa pagi ini, sama ada saya jumpa atau tidak itu perkara lain tapi Anwar memang ada hantar mesej, biasalah kalau wanita cantik memang begitu.

Untuk info, sekiranya gabungan antara PN, BN, GPS serta GRS berjaya dilakukan, maka gabungan keempat-empat parti ini akan berupaya untuk membentuk Kerajaan Persekutuan dengan jumlah 131 kerusi.

Kredit: Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas