Connect with us

Oh! Media

“Muhyiddin Jangan Cabar Saya” – Anwar Ibrahim

Oh! Negara

“Muhyiddin Jangan Cabar Saya” – Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara tegasnya mengingatkan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk tidak terus-menerus mencabar kerajaan berhubung isu penyelewengan dana kerajaan bernilai RM600 bilion.

ADVERTISEMENT

BACA: “Saya Bukan Zahid Hamidi” – Dakwaan Seleweng RM600 Bilion, Muhyiddin Suruh Anwar Tanya Tengku Zafrul

Memetik laporan Bernama, Anwar yang juga Menteri Kewangan memaklumkan bahawa Kementerian Kewangan sudah pun menerima maklumat mengenai wujudnya beberapa proses dan prosedur yang tidak dipatuhi dalam perbelanjaan dana berkenaan.

Jadi saya ingin jelaskan bukan maksud saya, sepertimana (saya kata) saya nak tumpu perhatian mengurus negara, memacu pertumbuhan ekonomi dan memberi kebajikan kepada rakyat. Tetapi sebaik dicabar, kita terpaksa melihat.

Mereka boleh uar-uarkan bersih tidak bersih, (tetapi) tidak bersih sama sekali bila kita sebut tentang kelulusan yang dibuat tidak ikut peraturan, begitu juga kelulusan yang dibuat semasa PKP.

Pengerusi Pakatan Harapan itu juga mempersoalkan kenyataan awal Muhyiddin ketika menjadi Perdana Menteri satu ketika dahulu yang mengatakan bahawa kerajaan pimpinannya membelanjakan wang sebegitu banyak untuk rakyat.

Kenyataan itu sengaja mengelirukan seolah-olah kerajaan bagi wang begitu banyak, (tetapi) sejumlah besar sebenarnya adalah wang KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja), wang rakyat sendiri, ini saya dah ulas dua tahun lalu di Parlimen.

Di bawah-bawah tengok, wah begitu bear kita belanja, sekarang baru dia (Muhyiddin) akui, sebenarnya bukan, kerana wang itu wang KWSP dan wang bank melalui keputusan moratorium, tetapi ada berpuluh bilion ringgit lain yang diperuntukkan (dari jumlah RM600 bilion) yang menunjukkan ada pelanggaran peraturan.

Terdahulu, Muhyiddin sekeras-kerasnya menafikan dakwaan bahawa beliau menyeleweng dana tersebut ketika menerajui kerajaan dan menyatakan bahawa beliau sama sekali tidak takut untuk disiasat.

Kredit: Bernama

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas