Connect with us

Oh! Media

Annuar Musa Lega, Selesai 2 Jam Beri Keterangan Berhubung Gambar Tular

Oh! Negara

Annuar Musa Lega, Selesai 2 Jam Beri Keterangan Berhubung Gambar Tular

Baru-baru ni, telah tersebar gambar Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa sedang duduk menikmati hidangan bersama enam individu lain di meja yang sama ketika satu majlis di Cheras. 

ADVERTISEMENT
Gambar tular yang mendakwa Annuar Musa tidak patuh SOP.

Gambar itu juga turut mencetuskan pelbagai andaian daripada netizen di laman sosial. Annuar Musa juga dilaporkan telah dipanggil oleh pihak polis untuk merekodkan keterangan kerana didakwa telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan (PKP).

Melalui akaun Twitter rasminya pula, Annuar Musa dilihat telah memuat naik beberapa keping gambar sambil memberitahu kepada ramai bahawa dia sudah pun selesai memberi keterangan kepada pihak polis, semalam.

Alhamdulillah dari 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang tadi saya berikan kenyataan dan kerjasama kepada PDRM (Polis Diraja Malaysia) yang menyiasat kononnya saya melanggar SOP.

Baru lega dapat bercerita apa yang berlaku, di mana, situasi apa, di sebalik sekeping foto. BIARLAH PIHAK BERWAJIB JALANKAN TUGAS TANPA GANGGUAN. – Tulis Annuar di Twitter rasminya.

Alhamdulillah, mesti betul-betul lega Annuar Musa sebab dapat bagitahu hal sebenar yang berlaku disebalik sekeping gambar itu…

Kredit: Annuar Musa

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas