Connect with us

Oh! Media

Oh! Video

Wings Buat Konsert Harga Tiket Rahmah?

Korang semua mesti suka pergi konsert kan? Tak kira lah konsert lokal atau antarabangsa, kedua-duanya mesti ada peminat tersendiri. Malah, setiap konsert yang diadakan pasti mendapat sambutan yang meriah. Siapa je tak suka kalau penyanyi kegemaran kita datang sini buat konsert weh…

ADVERTISEMENT

Sampai ada tu, sanggup berhabis ribuan ringgit asalkan dapat jumpa dan dengar penyanyi kesayangan kita nyanyi depan mata. Apapun, tak semua orang dapat pergi konsert ni sebab jarang-jaranglah harga tiket mampu milik.

OhMedia baru-baru ini dijemput ke sidang media Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter di Maristar, Bukit Bintang. Konsert kalini menawarkan harga ‘rahmah’ yang murah dan mampu milik buat mereka yang selama ini mengangkat Wings sebagai sebuah ‘jenama’. 

Bukan sahaja penawaran harga tiket rahmah, Wings memberi peluang kepada ibu bapa membawa anak-anak yang berusia 7 tahun keatas, diskaun 10% bagi pemegang kad OKU dan pemegang kad pelajar.

Ini menjadi peluang kepada Wings untuk menarik minat generasi muda merasai pengalaman konsert mereka untuk bersama-sama menikmati wirama ‘Belenggu Irama’ hingga ‘Menakluk Kosmos’ yang menjadi terapi jiwa khalayak sejak dahulu hingga kini. 

Tak mahu hidangkan konsep yang sama, Wings mengangkat tema ‘The Emperor’ sempena ulang tahun yang ke 38 kerana mereka mahukan konsert ini ada sebuah penceritaan yang bakal memberikan kesan kepada peminat selepas menonton. Konsert ini diimplementasikan dengan unsur teaterikal, elemen pementasan dan kostum menarik dengan perjalanan sesebuah kisah yang disenyawakan dengan lagu yang bakal disajikan nanti.

Konsert ini bakal diadakan di Stadium Malawati Shah Alam pada 16 Disember ini. Pastinya dimensi berbeza daripada konsert-konsert sebelum ini yang bakal diterjemahkan menerusi nada,melodi, aksi dan energi Wings itu sendiri. 

Tiket dah pun mula dijual dengan harga bermula RM455 hingga RM95 di wings.ubertickets.asia. Katanya bakal membawakan lagu-lagu yang jarang dibawakan atas permintaan peminat? Jadi mana peminat Wings, jangan lepaskan peluang untuk menikmati kelainan konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter ni. 

Kredit: Sabrina | [email protected]

Saya selaku produser bagi tim video, digital hos sepenuh masa dan juga penulis artikel sampingan di Oh Media!

Lagi dalam kategori Oh! Video

Ke Atas