Connect with us

Oh! Media

Menteri pendidikan

Oh! Negara

“Jangan Dipotong Untuk Yuran PIBG” – Menteri Pendidikan Ingatkan Pihak Sekolah Bantuan RM150 Adalah Hak Murid

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengingatkan pihak sekolah agar menyerahkan sepenuhnya Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 kepada ibu bapa atau penjaga tanpa sebarang pemotongan.

Menurut laporan Kosmo, Fadhlina berkata yang wang tersebut adalah hak murid dan mesti digunakan untuk keperluan persekolahan, bukan untuk membayar yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) atau tujuan lain.

IKLAN

Jangan dipotong-potong untuk yuran PIBG atau sebagainya. RM150 itu mesti diterima ibu bapa sebagaimana yang diumumkan.

Beliau juga menyeru ibu bapa yang mendapati sebarang pelanggaran untuk membuat aduan kepada Kementerian Pendidikan supaya tindakan segera dapat diambil.

Bantuan untuk lebih 5.2 juta murid

Kerajaan memperuntukkan RM791.25 juta bagi pemberian BAP secara sekali bayar, memberi manfaat kepada lebih 5.2 juta murid di seluruh negara.

Agihan bermula hari ini untuk murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 bagi sesi persekolahan 2024/2025.

  • 16 Februari 2025: Agihan untuk murid Tingkatan 6 Semester 2 dan Tahun 1 sesi persekolahan 2025/2026.
  • 1 Julai 2025: Agihan untuk murid Tingkatan 6 baharu.

Fadhlina tegaskan yang tindakan akan dibuat jika arahan tidak dipatuhi

Fadhlina Sidek

Fadhlina menegaskan, sebarang pelanggaran dalam agihan BAP akan disiasat. Bantuan ini penting untuk memastikan murid mendapat keperluan asas bagi memulakan sesi persekolahan dengan lancar.

RM150 itu adalah hak anak-anak untuk bantuan persekolahan.

#OhmediaNasihat

Bantuan Awal Persekolahan adalah inisiatif penting untuk meringankan beban keluarga. Ibu bapa perlu memastikan wang tersebut digunakan sepenuhnya untuk keperluan anak-anak, seperti membeli peralatan sekolah dan pakaian seragam. Jika terdapat isu pemotongan, jangan teragak-agak untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Menteri pendidikan

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Kosmo


Lagi dalam kategori Oh! Negara

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas