Connect with us

Oh! Media

Anwar Ibrahim Tetap Tolak Pengiktirafan UEC Demi Perlembagaan

Ohmedia anwar ibrahim uec

Oh! Negara

Anwar Ibrahim Tetap Tolak Pengiktirafan UEC Demi Perlembagaan

Anwar Ibrahim menegaskan tidak akan setuju pengiktirafan UEC kerana bercanggah dengan prinsip Perlembagaan Persekutuan.

Isu pengiktirafan UEC kembali hangat apabila DAP menyatakan hasrat untuk bertemu kerajaan bagi membincangkannya. Namun Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil dengan pendirian jelas bahawa perkara itu tidak akan dilayan jika bercanggah dengan prinsip negara.

Beliau menegaskan kerajaan mesti berpegang teguh kepada Perlembagaan Persekutuan tanpa mengira tekanan politik atau pengaruh mana-mana pihak.

Anwar Ibrahim pertahankan Perlembagaan Persekutuan

597166775 1442348680580028 1557159470895651917 n
YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan mesyuarat mengenai pembangunan Terminal Ketiga Pelabuhan Klang di Pulau Carey, Selangor. 12 Disember 2025. AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri. NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This handout photos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the image or facts mentioned in the caption. Reuse of the pictures may require further pe

Anwar menjelaskan sebagai Perdana Menteri, beliau memikul tanggungjawab mempertahankan asas perlembagaan negara. Prinsip itu, katanya, tidak boleh dikompromi walaupun datang daripada parti dalam kerajaan sendiri.

IKLAN

Saya dah jelaskan, saya tak peduli siapa dia, parti mana, pengaruh mana. Kalau saya mahu didukung sebagai Perdana Menteri, saya mesti pertahankan prinsip perlembagaan.- Katanya.

Pengiktirafan UEC dilihat bercanggah prinsip kerajaan

Menurut Anwar, perbezaan utama isu pengiktirafan UEC terletak pada sifat tuntutan tersebut. Ia dilihat menjurus kepada kepentingan satu kaum dan satu bahasa sahaja. Keadaan itu, katanya, tidak selari dengan prinsip kerajaan yang perlu mempertahankan keseimbangan dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan.

Apa yang berbeza? Perbezaannya ialah tuntutan itu, tuntutan yang menjurus kepada satu kaum dan satu bahasa. Itu saya tidak setuju sama sekali. Bawa dulu mesej pertahankan martabat bahasa kebangsaan,.- Tegasnya.

Dalam masa sama, Anwar menegaskan kerajaan tidak menolak kepentingan penguasaan bahasa lain. Namun keutamaan mesti diberikan kepada bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu.

Pssttt! Ohmedia harap perbincangan isu sensitif macam ni dibuat dengan berpaksikan Perlembagaan. Dalam kejar tuntutan tertentu, asas negara tetap perlu jadi keutamaan bersama.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas